♥ hunnybunnybaby ♥
#38

Thursday, June 18, 2015 @ 5:25 AM | 0 Comment [s]

Manusia sekarang sibuk belek baju kononnya lambang salib, telekung salib, sejadah gambar anjing, babi lah segala bagai. Dalam henfon gambar anjing, gambar itu lah, ini lah. Kononnya akidah lari lintang pukang kalau ternampak, kalau pakai dan macam² lah. Serius? Serius akidah lari dengan cara sebegini? Masalahnya yang pada dasar diri sendiri saja takut, padahal perkara tak perlu dibesarkan pun. Masalah yang patut lebih kisah terus dilupakan. Nak jaga akidah apa kata tengok dekat rumah tu dulu, isi rumah macam mana rupa, kalau sembang nampak salib akidah lari tapi masa maghrib duk melayan drama sendu tv3 tu takyah smbang kencang. Kenapa nak takut benda yang tak perlu takut dan kenapa nak kecoh benda yang tak perlu pun? Apa kata sama² cuba untuk belajar menjaga akidah dengan solat, buat ibadah kepada Dia dari kalut hentam agama orang lain. Hormat sama pegangan agama manusia lain sebagaimana mereka hormat kita. Jangan jadi tin kosong, bunyi ja kencang.


#37

Wednesday, June 17, 2015 @ 12:12 PM | 0 Comment [s]

Tak nampak apa yg depa patut takut sgt dgn kegiatan bebudak indie, dari segi buku, muzik or apa². Dan aku tak faham apa perlu sokong kerajaan, jadi buta kena suap apa semua, ikut telunjuk manusia gila kuasa ni baru boleh berkarya tapi syarat ikut acuan depa? Begitu yg anda mahu? Takut dgn suara anak muda? Dedua pihak sama saja bak kerajaan, pembangkang. Manusia yg gila kuasa fikir perut sendiri semata. Manusia yang hanya tahu fikir perut aku kenyang, perut kroni pun kenyang, perut manusia lain? Pi mampus. Dan aku akan jawab dengan cara pi mampus dekat hampa, terus lah jadi manusia yang makan, telan duit. Semoga sebelum malaikat maut datang sempat mintak ampun dengan semua.


Atas pijak bawah.

Saturday, June 13, 2015 @ 4:54 AM | 0 Comment [s]

Memang menteri sekarang semua fikir perut buncit, kepala botak sendiri? Manusia yang sepatutnya pelajaran tinggi tapi disebabkan buta, nak jaga kroni, nak jaga perut sendiri sanggup keluarkan ayat yang bebudak sekolah pun kadang lagi bijak keluarkan ayat. Jangan makan ayam, kalau harga ayam naik. Tak suka duk Malaysia, keluar dari Malaysia. Jangan guna highway kalau harga tol mahal. Jangan itu, tak suka ini, bersyukur ja dengan apa yang diberi. Bersyukur? Ya, memang bersyukur dengan apa yang diberi tapi pernah fikir apa marhaen  rasa? Pernah fikir nak cuba keluar dari rumah emas tu, duduk lah sekejap 5-10 minit dekat satu rumah yang hampir roboh, tunggu masa ja. Kenapa tak pegang pada amanah yang diberi, tanggungjawab yang diserahkan? Atau diri tu tak takut langsung dengan Dia? Hutang merata, tapi yang di atas masih seronok kenyang dengan perut bunci ke depan dan yang kat bawah masih terus berusaha cari mana yang mampu untuk suap isi perut. Kejam betul kalian, kejam sangat. Di dunia tak kena, di akhirat tiada satu pun makhluk yang dapat lari dari hukumanNya. Semoga kalian pak-pak menteri sedar, semoga kalian buka mata bukan terus bodoh pejam mata, pekak telinga dan jadi pak lawak semata. Dan jangan terus buncit perut tu dengan duit haram.



Older Post
 kanak-kanak riang


Bie Syuhada


Assalamualaikum. Tak marah kalau mau salin katanya tapi lebih manis kalau minta kebenaran tuannya :)


GPS

Diary About


Mari-mari

Instagram

The Credits!

Template by : Farisyaa Awayy
Basecode by : Nurynn
Full Edited : Bie Syuhada

Best View at GOOGLE CHROME!