♥ hunnybunnybaby ♥
Homoseksual??Lesbian and Gay

Saturday, June 25, 2011 @ 9:54 PM | 0 Comment [s]

Assalamualaikum....hari ini puas jalan ngn encik presiden,cik kwn baik n encik kwn presiden mrangkap driver...semua nya gara2 dinner...dan akhirnya kteorg buat 1keputusan iaitu cancel buat dinner at primula dan teruskan dinner dkt TER(Terengganu Equestrian Resort)...




hie tea at Primula Beach Resort 

okey2...serius lari jao gila dr tajuk sbnr aku...

Sebenarnya,dok tgh belek2 muka buku aku nie dan belek2 gmba mmbe at time kje Mcd Subang Jaya SS15 dlu rasa teringin lak nk tgk muka buku dieorg..aku pn ngn lincahnya mnaip nme2 yg aku rse aku nk tgk pe pkembangan dieorg..dan last skali aku bukak muka buku kak miera ( die sme umo ngn aku tp ntah npe aku pgl die kak)...nk djdkn cite aku bukak je muka buku die trus gmba profile die with some1..okeyh3,kwn perempuan die kut..tp bila aku teruskn mbuka lg album2 die..ops....xmao cite lbh2...serius aku pn xtaw npe die brubah jd cm2...nk ckp die xlawa,bapak hot gler die..tp myb sbb slalu cgt kne tipu or dpmainkn kut...tp since aku knl die lg dh die ckp y die nk jd peng..bkn die je kwn aku y brubah ke arah 2..tp rmai lg...serius aku still ttnye2 npe dieorg leh berubah jd cm2..nk tnye kang xpasal2 kne belasah lak...so aku pn bukak cik google..bukak punya bukak...aku jmpe la 1artikel nie at wikipedia...die cite sal faktor2 npe dieorg brubah ke arah 2...


Keluarga

Pengalaman /trauma di alam kanak-kanak Contohnya: Dikasari oleh ibu/bapa sehingga si anak beranggapan semua lelaki/perempuan bersikap kasar, bengis dan panas baran yang memungkinkan si anak berasa benci pada golongan itu. Predominan dalam pemilihan identiti iaitu melalui hubungan yang renggang dengan ibu bapa


Persekitaran

Contohnya: Bersangkutan dengan pergaulan dan keadaan sekeliling. Keluarga yang terlalu mengongkong anaknya. Bapa yang kurang menunjukkan kasih sayang kepada anaknya.Hubungan yang terlalu rapat dengan ibu sementara renggang dengan bapa.Kurang menerima pendedahan yang betul tentang seks dari kecil.
Mengikut pendapat ini, homoseksual bukanlah dibawa dari lahir tetapi terbina melalui pengalaman, seperti kompleks dalam keadaan hidup dan pengaruh keadaan semasa bayi, kanak-kanak, remaja dan awal dewasa.


Biologi

Homoseksual adalah keadaan pernyataan perasaan yang semulajadi menyebabkan seseorang itu mempunyai nafsu terhadap kaum sejenis. Perasaan dan nafsu tersebut terhasil disebabkan oleh bahan kimia dan hormon yang dikeluarkan dalam badan (luar kawalan). Pendapat ini masih lagi dalam dibincangkan dan tidak dapat dibuktikan secara menyeluruh oleh pakar dalam bidang ini.
Terdapat juga teori bahawa aturan kelahiran menentukan sama ada seseorang homoseksual atau tidak. Suatu kajian oleh Ray Blanchard memperolehi data bahawa semakin bongsu seseorang anak, semakin besar kemungkinan dia homoseksual. Alasan-alasan di belakang pemerhatian ini belum ditentukan. Ianya dipercayai bahawa dengan setiap kehamilan, badan ibu mempunyai lebih hormon androgen yang boleh mempengaruhi orientasi seksual seseorang anak. Alasan ini disokong oleh pemerhatian bahawa hanya anak-anak lelaki yang lebih bongsu, dan bukan anak-anak perempuan yang lebih bongsu, yang menunjukkan kemungkinan yang lebih besar untuk menjadi homoseksual. Alasan sosial bahawa adik-adik bongsu mungkin dipengaruhi oleh abang-abang mereka disangkal kerana apabila eksperimen ini dijalankan dengan anak-anak angkat, kemungkinan anak-anak angkat merupai homoseksual tidak menjadi semakin besar.
Faktor-faktor biologi disokong oleh bukti terdapatnya kehomoseksualan dalam pelbagai spesis haiwan.


Dorongan individu

Rentetan dari proses pembelajaran sewaktu kecil.Berkurangnya rasa kepercayaan terhadap ibu dan saudara perempuan (lesbian) dan sebaliknya (gay) Kurang percaya pada potensi seksual yang ada pada diri sendiri.
Selain itu tarikan individu terhadap homoseksual, menjadi keinginan perasaan yang menyetujui untuk mendominasi hawa nafsu. Harga diri tidak boleh diperolehi dari hubungan lain. Ketakutan pada kaum bertentangan jenis menyebabkan tindak-balas erotik yang pasif.


Aktiviti seksual

Sekiranya individu merasakan pengalaman homoseksual pertama menyeronokkan, individu akan meneruskan aktiviti homoseksual secara berterusan. Pendedahan berleluasa terhadap aktiviti homoseksual akan membuatkan individu semakin selesa dengan situasi sedemikian


Sorry saya hanya mampu copy and paste je sbb tahap kemalasan nk tuka2 ayat nie dh tahap gaban dh....dan saya pn de jmpe gak artikel yg tdpt peringkat2 homoseksual nie..niepn sy copy paste gak...jgn mrh :)


  • TERAHSIA
Juga dikenali sebagai CLOSET. Bermula sebagai ‘Homoseksual Sulit’.Individu homoseksual yang menjalani kehidupannya dengan berpura-pura seperti orang lain, tidak bahagia dan tertekan oleh polisi sosial yang diterima oleh masyarakat. Individu homoseksual ini cuba menyesuaikan diri (accommodate) dengan norma-norma masyarakat dalam masa yang sama melakukan kegiatan homoseksual secara rahsia.
  • PENDEDAHAN AWAL
Pernyertaan dan eksperesi diri kepada masyarakat. Individu ini memberi respon terhadap masyarakat heteroseksual dengan menonjolkan kehidupan homoseksual. Menerima hakikat bahawa diri lebih berminat kepada kaum sejenis.
  • PERKONGSIAN
1. Tahap Perkongsian Pertama
Kemampuan untuk berkongsi perasaan sebagai homoseksual pada keluarga dan rakan-rakan.Mewujudkan perhubungan yang lebih stabil dan berjangka sederhana atau panjang
2. Tahap Perkongsian Kedua
Menilai secara terperinci akan kebaikan dan keburukan perkongsian secara terbuka. Bersedia untuk menerima sebarang akibat. Apabila diterima, ini akan membina percaya diri dan memberi kesan positif dan sekira sebaliknya. Ia akan memberi kesan yang negatif.
  • KOMUNITI HOMOSEKSUAL
Kelompok homoseksual akan berkumpul sesama sendiri dan membentuk sebuah masyarakat yang mahu menerima mereka seadanya. Di sini mereka diterima, diperlakukan seadilnya dan berkongsi bersama-sama pengalaman dan memahami antara satu sama lain

Senang cerita cmnie la,semua 2 ikt individu msg2...tp bg org yg beragama Islam kita kne phm yg hubungan sesama sejenis nie amatlah dilarang dlm Islam..jd renungkan jela...sy sdiri rmai kwn gay n lesbian..kalau boleh kita jgn sisihkn n kutuk dieorg mcm2...kita kne pndai ckp n bimbing dieorg dlm diam...dan kita hanya mampu berdoa kalau mereka xnk dgr okeyh..mcm salah seorang motivator yg at radio slalu ckp "Renungkan dan selamat beramal" =)

Labels:



Older Post | Newer Post
 kanak-kanak riang


Bie Syuhada


Assalamualaikum. Tak marah kalau mau salin katanya tapi lebih manis kalau minta kebenaran tuannya :)


GPS

Diary About


Mari-mari

Instagram

The Credits!

Template by : Farisyaa Awayy
Basecode by : Nurynn
Full Edited : Bie Syuhada

Best View at GOOGLE CHROME!