♥ hunnybunnybaby ♥
Siapa makan cili dia terasa pedas :)

Wednesday, September 21, 2011 @ 2:04 PM | 0 Comment [s]

Assalamualaikum.Apa hukum kita bukak aib seseorang sbnrnya? Emmm semua org tahu benda 2 berdosa. Tapi kenapa masih lagi ada manusia yg busuk hati suka sgt nak aibkan org? Kawan aku yg non-muslim tanya kenapa ek aku tgk korg jaga dari segi hubungan dgn bukan mahram,aurat dan solat tapi kalau bab mengumpat,bukak aib org dan kutuk org,korg laju je,kalah LRT. Aku terkedu,mmg terdiam sekejap la. Yup,aku pon sebenarnya hairan kenapa kita umat Islam bab lain kita jaga tapi bab aib seseorang kita lgsg mcm tak amek kisah. Sedangkan kita tahu apa hukum mengaibkan ssorg. Aku nak ckp pon aku nie bkn la seorang yg sempurna mana dan cetek ilmu agama tapi apa yg berlaku dkt aku smlm cukup memalukan aku. Mungkin aku salah tapi tak sepatutnya kau terus mengaibkan aku. Seorang ketua yg baik dan bgs adalah menerima setiap teguran yg dilemparkan. Bukan dgn cara melenting dan memalukan ssorg. Cuba kita renung balik dlm diri kita. Kenapa org tegur kita? Dia saja nak malukan aku ker?? Atau dia tak puas hati aku dpt pangkat lebih dari dia?? Kenapa mesti nak fikir yg negatif. Cuba anda ambil teguran utk dr sudut yg positif. Org menegur adalah utk kebaikkan diri anda. Anda sorg pemimpin sekarang,jgn ikutkan hati dan perasaan. Dan jgn terus meletakkan kesalahan dkt bahu org 2. Aku boleh ckp status dkt mana2 bg aku tak melambangkan apa2 selagi kita tak mention nama org 2 dkt status 2. Aku jenis org yg terus terang dan mungkin cara aku menegur kau agak kasar but siapa mereka utk masuk campur dlm urusan kita? Okeyh anda katakan mereka adalah kwn2 baik anda. Tapi anda fikir semula apa yg dia ckp dkt telefon smlm. Dan saya nak tanya kenapa anda tak tanya dulu kpd saya sebelum korg judge aku yg salah. Aku tak nak ckp byk,karang kau fikir apa pulak. Aku nie bkn siapa2 nk tegur kau dan masuk campur dlm urusan kau. Tapi aku bercakap berdasarkan pengalaman aku. Mungkin korg fikir aku cuma tua korg stahun banyak mana la sgt pengalaman aku 2 an. Kau tak tahu kisah sebenar aku dan tak perlu aku nk bukak aib aku dkt sini. Dan aku cuma minta kau bersihkan semula nama aku. Disebabkan hal 2 aku tebal muka utk ke sana sini. Dan buat org yg kononnya fikir aku nie yg nak menjatuhkan kau,fikir semula sebelum buat tuduhan. Kalau betul saya nie nak menjatuhkan dia,saya tak akan bantu dia dan tolong dia dlm semua hal. Fikir la semula. Aku cuma mahukan nama dan maruah aku pulih walaupun tercalar banyak.

(Baca dan renung sebelum buat sebarang spekulasi melulu,aku cuma mahukan keadilan,mungkin bg kau,cukup sekadar padam dan lupakan tapi bg aku,tidak,maruah aku dh hilang mcm 2 sahaja dsbbkan hal 2,dan aku minta supaya kwn2 kau jgn masuk campur dlm hal nie.aku minta maaf kalau teguran aku buat kau terasa,tapi status smlm tidak melambangkan apa2,what i can say siapa makan cili dia terasa pedas dan org tegur sbb org syg kau dan tak nak tgk kau jatuh,bknnya sbb dia nak jatuhkan kau.dan kalau kau baca blog aku nie,jgn pulak terus buat spekulasi aku nak malukan kau,dan aku tak mention nama kau disini dan boleh jadi siapa2 pon.mcm aku ckp td siapa makan cili dia terasa pedas.jgn terus menyerang.tanya dulu.)

Labels:



Older Post | Newer Post
 kanak-kanak riang


Bie Syuhada


Assalamualaikum. Tak marah kalau mau salin katanya tapi lebih manis kalau minta kebenaran tuannya :)


GPS

Diary About


Mari-mari

Instagram

The Credits!

Template by : Farisyaa Awayy
Basecode by : Nurynn
Full Edited : Bie Syuhada

Best View at GOOGLE CHROME!