♥ hunnybunnybaby ♥
Coretan 25 November 2012

Monday, November 26, 2012 @ 6:26 PM | 0 Comment [s]

I wish everything be back as normal.

 Cinta itu sakit, hilang cinta lagi sakit tapi lebih menyakitkan bila kita hilang sahabat dan keluarga yang paling kita cintai. Hidup ni tak sempurna, tak indah. Dewasa? Menjadi dewasa sangat sengsara, siapa kata jadi dewasa boleh buat semua benda? Lebih rela jadi kanak-kanak yang pada masa tu paling susah nak buat keputusan pun bila nak pilih crayon mana yang best, mainan mana yang awesome berbanding jadi dewasa yang pening fikir mengenai kehidupan di tanah bumi yang makin kotor.

  Aku juga macam kamu, umur 4 tahun mahu masuk tadika, 6tahun inginkan suasana sekolah rendah, 12 tahun tak sabar nak masuk sekolah menengah, 18 tahun hanya fikir indahnya universiti/kerja boleh buat semua benda, 21 tahun mahu wang, 30 tahun nak kahwin,nak kahwin dan bila capai 40 tahun ke atas dah serabut nak fikir pasal kehidupan anak-anak. Sampai bila kehidupan ini kita takkan pernah rasa puas dan cukup.

  Orang selalu katakan "kau ni tak matang" "umur dah berapa, perangai cer ubah". Aku hanya mampu senyum dan katakan "matang aku hanya ada pada masa dan tempatnya dan aku tak nak sentiasa jadi seorang yang hanya fikir pasal hidup dunia yang kotor dengan manusia yang tak henti kotorkan bumi ni". Dan mereka hanya diam dan berlalu pergi walaupun masih tak puas hati. 

  "Ah! dunia sahaja kau katakan, akhirat kau? cukup?!". HAHA, kenapa kau nak mempersoalkan soal akhirat dengan aku sedangkan kau sendiri mengejar dunia kotor ni, kau juga pernah suarakan yang kenapa kau tak mahu berubah alasan kau "aku ni lemah, hamba Allah yang lemah, hidayah belum dapat". Setan kau! Hidayah kau dah lama ada cuma kau sahaja tutup pintu hati dengan maksiat dunia. 

  Kisah silam, kisah lama sudah ku bakar bukunya, sudah ku tanam di dalam tanah dalam-dalam. Buku baru? Aku masih mencatit, meneliti setiap apa yang aku lakukan dan menyemaknya. Buku di tangan kiri makin penuh, buku di tangan kanan? lemahnya aku. Hey! Berhenti bagi alasan kau lemah, sampai bila kau mahu jadi orang dungu yang hanya bagi alasan lemah,lemah,lemah? Belajar dari mula dan jangan kau beri alasan kau malu, buang perasaan tu, bangun, tunjuk dekat semua kau mampu. Manusia hanya tahu berbuat dosa sebenarnya masih bukan ahli neraka yang kau nak hina. Mereka masih lagi diberi peluang dibuka pintu taubat oleh Allah. Berhenti menghina orang, berhenti mencaci maki peribadi seseorang, memperendahkan orang lain kerana orang yang kau hina, kau maki mungkin satu hari akan berada di atas kau dan ketawa melihat kau.


Older Post | Newer Post
 kanak-kanak riang


Bie Syuhada


Assalamualaikum. Tak marah kalau mau salin katanya tapi lebih manis kalau minta kebenaran tuannya :)


GPS

Diary About


Mari-mari

Instagram

The Credits!

Template by : Farisyaa Awayy
Basecode by : Nurynn
Full Edited : Bie Syuhada

Best View at GOOGLE CHROME!