♥ hunnybunnybaby ♥
Luahan rasa gadis cintakan seni.

Tuesday, November 6, 2012 @ 2:12 AM | 0 Comment [s]



"bila kita ada keluarga yg lgsg tak suka seni, kita kena diam jela dan ikutkan aje apa yg mereka nak. kenapa dulu depa boleh buat? tokwan buat, mama buat.. awat aku tak boleh? :/ "

 Benda yang selalu aku pertikaikan setiap kali aku tanya dalam diri aku. Seni? indah sangat, sangat cantik juga dihiasi dengan seni menuju ke jalanNya. Tapi sekarang sekarang boleh dikatakan semua join dunia seni hanya utk glamour dan populariti bukan sebab nak menaikkan seni Malaysia. ke bukan? :/ hurmmm Mungkin kita tak tahu tapi apa yang aku nampak macam tu lah :)

 Aku sangat suka tengok wayang tapi aku lebih cintakan teater. Bagi diri aku teater adalah indah. sangat indah dan bukan senang untuk jd pelakon teater. ingat boleh jadi pelakon teater macam pelakon drama filem semua ke? Tak semudah itu. Aku pernah cuba dan aku gagal sebab tak mudah nak selami watak dan dipertontonkan secara langsung berbanding berlakon drama dan filem yang boleh berulang kali "cut dan action".

  menyanyi? semua boleh nyanyi, tapi takde org boleh kawal vokal dan suara dgn sempurna. melukis semua org boleh buat tapi melukis dgn penuh perasaan dan jiwa serta diletakkan dlm lukisan tersebut utk org lain rasa mungkin susah. takda org boleh mencipta puisi yg menyentuh perasaan kalau tiada jiwa dan cinta. kita rasa kita mampu buat tapi org yg lebih tahu rasakan tidak. kenapa nak terus memalukan diri dgn mempertontonkan benda yg bkn bidang kita?

 Setiap manusia diberi bakat dari Allah. Guna dgn baik dan di jalanNya. Jangan sombong dan bongkak takut makan diri semula padahnya. Allah beri kita akal utk kita fikir dengan baik dan rasional dalam mengembangkan bakat yang ada.

 Ada yang punya bakat jadi pemimpin bersifat adil dan tanggungjawab serta amanah dalam setiap tugasnya. Ada yang punya bakat jadi penyanyi menggunakan suaranya mengajak umat Islam terus berjuang dalam Islam. Mungkin sebagai pelakon melakonkan watak yg dapat meresap dalam jiwa utk menginsafi dan mensyukuri nikmat yang diberiNya. Atau sebagai penulis yang menulis watak,lirik,puisi indah sambil memuji kebesaranNya. Pelukis juga mungkin dengan menggunakan bakatnya melukis panorama indah ciptaan Allah. 

 Aku ini bukan sesiapa dalam dunia seni cuma seorang anak gadis yang sangat meminati seni tapi tidak dapat menceburi dunia seni yang pada mata keluarganya hanya lah dunia seni itu kotor dengan mainan manusia yang telah mengotori seni yang indah. Cuma luahan rasa di pagi hari :)


Older Post | Newer Post
 kanak-kanak riang


Bie Syuhada


Assalamualaikum. Tak marah kalau mau salin katanya tapi lebih manis kalau minta kebenaran tuannya :)


GPS

Diary About


Mari-mari

Instagram

The Credits!

Template by : Farisyaa Awayy
Basecode by : Nurynn
Full Edited : Bie Syuhada

Best View at GOOGLE CHROME!