♥ hunnybunnybaby ♥
Hari ketiga dan aku masih begini.

Wednesday, December 19, 2012 @ 2:19 PM | 0 Comment [s]

      


        Assalamualaikum. Hari ke tiga selepas aku tahu segala-galanya. Hari ke tiga aku meroyan dan aku tak tahu sampai bila aku boleh atasi semua kesakitan ni. Kesakitan yang aku tak nak tapi dia tetap datang. Dengan keadaan orang yang masih tak berhenti nak menghukum dan mengata serta mengumpat hidup orang lain. Aku serabut, aku rasa macam aku pun nak buat kerja gila macam bobo buat. Makan ubat tidur, kelar tangan semua tapi Alhamdulillah hati aku masih kuat untuk tak buat semua tu. Bila dalam satu keadaan kita dipinggirkan, dipermainkan, ditipu semua, aku rasa macam kenapa dunia ni kejam, kenapa aku yang jadi mangsa, kenapa bukan orang lain, kenapa orang yang jahat, yang perangai serupa setan nirojim tu gembira, bahagia dengan buat fitnah semua. Sedangkan dia lagi jahat, tapi kenapa bukan dia yang kena tapi aku. Sampai camtu sekali akal fikiran aku ni berfikir. Aku rasa macam biarlah aku pergi, terbang jauh dari sini.

     Aku teringin jadi burung, terbang bebas tanpa fikir apa-apa, jadi ikan mungkin berenang tanpa arah tuju. Do bising kenapa aku jadi camni sedangkan aku pernah ja putus cinta semua. Eja? Jangan cakap la tak larat nak pujuk suruh aku balik Subang untuk ceriakan aku. Tapi aku tak mampu, aku senyum dekat luar tapi dekat dalam Allah je tahu betapa sakit, terlukanya hati aku ni. Bagai ditusuk sembilu. Jodoh semua dah ditentukan tapi aku cuba untuk kuat dan lupakan semuanya. Lupakan segalanya pasal dia, pasal K tapi aku tak kuat. Sedangkan gambar-gambar dia aku masih simpan lagi, hadiah birthday dia yang sepatutnya aku bagi pun aku simpan dalam loker cantik lagi, hati? masih lagi aku biarkan kosong dan simpan untuk dia datang kutip mungkin satu hari nanti. Aku masih lagi mengharap hari tu akan datang.

     Aku pernah tanam dalam hati, biarlah dia pergi, keraskan hati, bekukan jiwa dari fikir pasal dia. Buang terus segala-galanya pasal dia. Tapi aku tak mampu. Bila aku rasa aku kuat untuk padam semua mesej dia, aku terus jadi lemah bila baca mesej-mesej yang dia bagi. Aku jadi lemah bila aku tengok gambar dia tersenyum. Kenapa dungunya aku? Orang cakap kau dengan dia bukan lama mana pun, ya, aku dengan dia sekejap je tapi sekejap tu yang manis, sekejap tu yang indah.


   Aku perlukan percutian, satu percutian panjang yang aku boleh lupakan semuanya, lupakan dia, lupakan segalanya.

p/s : Hati ni masih menunggu mu, masih mendambakan mu. Untuk kau datang dan sembuhkannya.


 


Older Post | Newer Post
 kanak-kanak riang


Bie Syuhada


Assalamualaikum. Tak marah kalau mau salin katanya tapi lebih manis kalau minta kebenaran tuannya :)


GPS

Diary About


Mari-mari

Instagram

The Credits!

Template by : Farisyaa Awayy
Basecode by : Nurynn
Full Edited : Bie Syuhada

Best View at GOOGLE CHROME!