♥ hunnybunnybaby ♥
Hati tu biar rabak tapi jangan jadi sengal sebab cinta.

Monday, December 17, 2012 @ 11:38 PM | 0 Comment [s]

Assalamualaikum, selamat malam. Mungkin korang akan rasa bosan buat masa ni sebab aku mungkin akan update entry pasal cinta ja banyak sebab hati aku tengah rabak. Kali ni aku nak story pasal kawan yang aku kenal dekat laman maya ni.

   Nama dia aku tak boleh la nak gtau, so aku letak as Bobo sebab aku suka panggil dia dengan nama tu gara-gara nama kucing dia Lazzybo HAHA. Waktu dia kenal aku dia memang tengah rabak, tengah jiwa rapuh sangat dah sebab orang yang dia sayang, dia cinta sepenuh hati, dia jaga selama 9 tahun tinggal dia hanya sebab lelaki lain. Perkataan pertama keluar dari mulut aku bila dia cerita "perempuan tak kenal dek untung". Bobo ni memang frust sesangat dengan perempuan, tiap hari call aku nangis, cerita dengan aku kenapa perempuan susah nak setia, dan aku lak confirm lah lawan balik sebab jiwa aku pun tengah sakit kan. Tapi semalam dia buat kerja bodoh, kerja bodoh bangang bahlul semua ada lah. Hanya sebab cinta, dia nak bunuh diri dengan telan ubat tidur berbiji-biji. Bangang sangat. Aku faham kau sakit, kau tak boleh lupa, kau tak faham kenapa perempuan tu buat macam tu tapi dengan cara kau nak bunuh diri ni semua kau fikir perempuan tu akan datang balik dekat kau?

        Aku tak pandai mana nak nasihat orang bab cinta ni sebab aku sendiri pun tengah rabak tapi sekurang-kurangnya jangan jadi bodoh. Entry sebelum ni aku cakap, cinta tu sial, cinta tu jilaka, cinta tu babi sebab ni lah. Sebab cinta sanggup jadi bodoh bunuh diri konon tak sanggup nak teruskan hidup ni, jadi bodoh bagi badan sebab cinta tu buta, cinta tu segala-galanya. Jangan jadi tuli, buta sangat. Kau fikir hidup ni takda orang lain? Kau fikir kau bunuh diri tu boleh selesaikan semua masalah? Kau tak fikir keluarga kau? Berapa ramai yang sayang kau tapi kau langsung tak nak fikir hati dan perasaan diaorang dan kau fikir bunuh diri adalah satunya jalan penyelesaian untuk semua benda. Bobo, aku sayang kau sebab tu aku nasihat, aku marah kau bila kau buat kerja gila ni semua tapi kau langsung tak nak dengar. Bagi kau hilangnya betina tu dari hidup kau, maknanya hilang lah juga nyawa kau.

    Jangan jadi bangang, jangan jadi bodoh sebab cinta. Biar kita rabak, jodoh kita dah ditentukan. Allah bagi yang kurang baik untuk kau sebab nak uji kau dan simpan yang terbaik buat kau. Aku tak nak kau buat kerja gila ni lagi. Buka mata kau. Dia gembira macam lahanat jahanam, kau sengsara dekat hospital sebab dia. Tapi dia langsung buat tak endah kan.

     Ingat semua benda ada jalan penyelesaian, bunuh diri tu bukan jalan yang boleh selesai semua masalah, buat tambah dosa kau ada lah. Tu je la kut aku nak bebel sebab aku rasa macam dah takda arah tuju entri ni aku bebel kan. Baik aku berhenti sekarang dah la esok kerja -.- Sabar jela.




Older Post | Newer Post
 kanak-kanak riang


Bie Syuhada


Assalamualaikum. Tak marah kalau mau salin katanya tapi lebih manis kalau minta kebenaran tuannya :)


GPS

Diary About


Mari-mari

Instagram

The Credits!

Template by : Farisyaa Awayy
Basecode by : Nurynn
Full Edited : Bie Syuhada

Best View at GOOGLE CHROME!