♥ hunnybunnybaby ♥
Jiwa pisang, hati rabak.

Wednesday, December 5, 2012 @ 12:49 PM | 0 Comment [s]

     Hari ni jiwa aku pisang, hati aku rabak. Jadi aku nak cakap pasal cinta pun takdak la aku hebat mana kan nak banding writers dekat @terfaktab. Aku mampu luahkan apa yang aku rasa dengan cara tulisan walaupun cara menulis aku tak sehebat orang lain. Sekurangnya korang fahamkan :)
Sila jangan terlampau cinta dan berharap dgn org yg kita syg. Jadi jiwa pisang takdak la teruk sgt kan. Sebab cinta tu sial. Dah hilang tercari-cari, ada depan mata buat macam halimunan. Biar jiwa kosong dari jiwa pisang,hati rabak. Serius wei, hati kalau dah rabak, perhhh memang rabak tahap gila babi la aku boleh cakap. Macam kes aku ni. Rabak tu bukan sikit walaupun aku bercinta sekejap ja. Ish dia punya rabak tu teruk hanya sebab aku terlampau menaruh harapan, terlampau berikan seluruh kepercayaan dan terlampau yakin yang dia segalanya untuk aku. 
   Tapi hubungan kitaorang takdak give and take pun sebab aku je yang give, dia? buat sempoi,buat lek,buat bodoh bangang. So kat sini korang boleh nampak sapa yang bodoh kan? aku la tu yang bodoh nya. Last sekali aku yang rabak, dia sama mcm dulu seakan-akan dia takdak kesan pun atas semua ni. Tapi takpe, aku terima seadanya, aku berserah,aku redha. Rabak-rabak gak tapi takdak la sampai aku nak jadi bodoh terjun bangunan 10tingkat, takat menangis, maki hamun, meroyan dah cukup. Takdak la sampai nak libatkan orang lain. Aku tak pandai nak bercerita muka ke muka tapi aku lebih kepada tulisan. Aku luahkan semua dekat tulisan aku, aku ronyok kertas tu dan aku campak jauh-jauh.

   Setiap orang ada cara sendiri nak kawal perasaan yang tengah rabak tu. Tapi cara yang paling baik kau dekatkan diri dengan Allah. Mungkin sebelum ni kau leka dengan couple kau tu sampai kau langsung lupa tugas kau sebagai seorang Islam. Cari semula diri kau, bina semula iman dalam hati. Insya Allah kau rabak takkan rabak lelama.
LIVE AND LOVE THE LIFE WITH IMAN AND TAKWA. INSYA ALLAH HE WILL SHOW YOU THE WAY.


Older Post | Newer Post
 kanak-kanak riang


Bie Syuhada


Assalamualaikum. Tak marah kalau mau salin katanya tapi lebih manis kalau minta kebenaran tuannya :)


GPS

Diary About


Mari-mari

Instagram

The Credits!

Template by : Farisyaa Awayy
Basecode by : Nurynn
Full Edited : Bie Syuhada

Best View at GOOGLE CHROME!