♥ hunnybunnybaby ♥
keep moving.

Sunday, December 30, 2012 @ 11:22 PM | 0 Comment [s]


        Assalamualaikum. Orang tanya aku “sampai bila kau nak jadi mcm ni?” aku hanya mampu jawab sampai dia betul-betul lenyap dari hidup dan ingatan aku. Tu ja cara untuk aku bangun dan hadapi hari yang lain dengan gembira. Aku senyum tak bermakna aku gembira, aku ketawa tak bermakna aku tak menangis. Aku ego untuk jatuhkan air mata aku tapi saat aku mengalirkan air mata aku bermakna kau betul-betul berharga dalam hidup aku. Hati aku keras bila kau tinggalkan aku. Biarlah sesiapa pun yang cuba ketuk pintu hati ni, aku tetap berkeras tak benarkan mereka masuk. Sebab kau sudah memenuhi ruang dalam rumah hati aku. Cinta ni buat aku jadi dungu, buat aku jadi gila. Sanggup bertahan dan bersabar tapi bila kau pergi sabar aku hilang, kata-kata carut dan maki meniti di bibir aku semula. Betapa hebatnya penangan kau. Kau banyak mengubah aku. Dari benda yang aku tak pernah buat, aku buat semua hanya untuk kau. Dan kau pergi, pergi jauh selepas kau mengubah aku. Pergi jauh yang takkan kembali kerana hati kau sudah dihuni si dia.  Pernah aku katakan aku takkan doakan kau bahagia tapi aku takkan doakan hubungan korang jahanam sebab ego. Ego sangat kan aku ni. Aku nasihat si dia sebab kau. Aku tak nak kau sakit. Sebab aku tahu macam mana sakitnya bila kena. Dulu kau pernah cerita yang ex kau tinggalkan kau dan kau ambil masa untuk terima sesiapa. Aku sabar dan aku terus tunggu sampai saat tu. Sekarang kau balas dendam dekat aku. Kau tinggalkan aku dan biar aku sakit. Kejamnya kau. Kenapa aku? Aku benci bila kau tipu aku, bila kau tak jujur dengan aku, bila kau tak berterus terang dengan aku. Mungkin kalau dari awal kau terangkan aku mungkin tak sakit macam ni. Tak menderita macam ni. Tak pernah aku cuba untuk tarik perhatian kau, kalau nak aku dah bagi kau baca semua ni tapi aku diamkan ja. Sebab aku tak nak kau dah menang, kau menang sebab bagi aku sakit. Kejamnya kau. Kau biarkan aku begini. Dan untuk dia yang bersama kau sekarang, tak perlu lah guna taktik tu untuk tahu apa hubungan antara aku dengan dia, cukup kau tahu kau ada dia dan aku takda lagi dia.

p/s : Sampai satu masa aku akan lupakan kau cuma beri aku masa untuk lupakan.


Older Post | Newer Post
 kanak-kanak riang


Bie Syuhada


Assalamualaikum. Tak marah kalau mau salin katanya tapi lebih manis kalau minta kebenaran tuannya :)


GPS

Diary About


Mari-mari

Instagram

The Credits!

Template by : Farisyaa Awayy
Basecode by : Nurynn
Full Edited : Bie Syuhada

Best View at GOOGLE CHROME!