♥ hunnybunnybaby ♥
2013 ^_^

Wednesday, January 2, 2013 @ 9:28 PM | 0 Comment [s]

       Assalamualaikum. Gua punya keyboard buat hal semula. Jadi memang menyusahkan gua untuk update apa-apa. Memakan masa untuk menaip sebab gua guna keyboard on screen. Jadi harap maaf la kalau ada typo tu semua, manusia kan :)

    Tahun baru? Hari ni dah masuk hari kedua untuk tahun 2013. Penghujung tahun yang boleh gua cakap tak tutup dengan baiknya macam gua harapkan dan mula juga tak macam gua harapkan.Mungkin ada sebab apa yang jadi. Untuk tahun 2013 ni azam masih ada cuma kali ni tak nak mengharap sangatlah kang berdarah lagi hati ni. Jumpa yang baru? HAHA. Tak. Masih lagi cuba untuk melupakan semua peristiwa.

    Tahun ni juga gua masih cuba untuk ubah diri ni walaupun gua rasa macam makin teruk ja -___-' . Berharap tahun ni gua mampu buat semua benda sebagai umat Islam, sebagai seorang muslimah. Gua tak nak la jadi tipikal kan, tapi gua nak gak berubah ke arahNya. Yela, sampai bila gua nak berfoya-foya, umur dah makin meningkat ni *gaya mcm dah tua gila*. Mama pun dah tegur bila nak berubah, bila nak matang. Stress gak dengar soalan macam tu. Belum masuk bab kahwin lagi walaupun bukan mama yang tegur. Kekadang gua malas nak pergi kenduri hanya sebab malas nak jawab soalan cepu tak emas dari makcik-makcik yang gua tak pernah kenal pun. Contoh soalan dia "laaaa dah besaq dah anak hang ni nab, pahni kenduri kat rumah hang la pulak kan" takpun ayat macam ni "ishh dulu hang haluihh ja, laa ni tudia besaq kalah mak dia dah". Sungguh wei gua bosan tahap ishh gua tak tau la nak cakap macam mana lagi. Makcik weii memang la cheq makin besaq takkan la makin jadi baby balik kut. Dah pasal kahwin, mama pun tak hingaq pasai kahwin siap kata belajaq bagi habis dulu, makcik kalut sangat pasaipa?

   Senang cerita macam ni la, jodoh semua sudah tertulis, bila kita nak kahwin, dengan siapa semua siap dah. Kita cuma tunggu masa tu ja sampai bila. Lambat pun lambatlah. Dan makcik makcik sekalian jangan duk busy body sangat jadi kepochi.

      Rasa sampai sini jela kut sebelum gua melalut dengan lebih bangang lagi sampai lari tajuk gua sebenarnya. Apa-apa pun HAPPY NEW YEAR 2013 ^__^




Older Post | Newer Post
 kanak-kanak riang


Bie Syuhada


Assalamualaikum. Tak marah kalau mau salin katanya tapi lebih manis kalau minta kebenaran tuannya :)


GPS

Diary About


Mari-mari

Instagram

The Credits!

Template by : Farisyaa Awayy
Basecode by : Nurynn
Full Edited : Bie Syuhada

Best View at GOOGLE CHROME!