♥ hunnybunnybaby ♥
Cinta Dia.

Monday, January 21, 2013 @ 3:00 PM | 0 Comment [s]


       
cinta kerana Dia bukan kerana nafsu.

        Hidup penuh kegagalan. Tu hidup dia. Walau sekeras mana dia berusaha tapi dia tak pernah mengecapi kejayaan yang diinginkan. Mungkin dia terlampau berharap dan mungkin juga dia terlampau meletak angan-angannya tinggi di angkasa sehingga susah hendak dicapai. Semua orang meletakkan harapan tinggi pada dia. Sampai dia fikir dia tak boleh langsung buat salah, segalanya dia lakukan hendaklah sempurna. Sikap merendah diri, memang dah sebati dalam hidup dia.

       Sekarang hidup dia makin bertambah serabut, makin bertambah kecewa. Dia kecewa hanya kerana cinta, kecewa kerana kejayaan yang dia ingin beri kepada orang yang paling dia sayang, hilang, angin membawa semuanya pergi. Dalam hidup dia tak minta lebih, cuma satu saja yang dia mahu, senyum seikhlasnya dan gembira sebenarnya. Tawa yang didengari hanya palsu, senyuman yang menghiasi bibir cuma plastik.

      Kekadang dia fikir apa manusia macam dia tak punya dan tak layak terima semua kegembiraan macam yang lain. Mata pisau tu mainan dia, tumbukan berpadu tu kehidupan dia. Dia cuma mahu gembira, tapi masalah tak henti datang. Dia lupa satu, Yang Maha Esa. Dia mahukan segalanya tapi dia tak pernah cuba untuk sujud kepadaNya. Dia lupa hanya Dia dapat beri semuanya, hanya Dia tempat disandarkan segalanya. Cinta hanya untuk Dia.

      Peristiwa yang tak dapat dia lupa, peristiwa tu yang mula menarik dia ke jalanNya, ke tempatNya, ego dia jatuh bila berjumpa denganNya, sujud kepadaNya, beri cinta kepadaNya. Ketenangan sebenar dia dapat, kegembiraan sempurna dia perolehi. Hanya Dia segalanya.


p/s : Jangan pernah ego untuk sujud kepadaNya, hanya Dia dapat beri segalanya. Hanya Dia dapat beri ketenangan abadi





Older Post | Newer Post
 kanak-kanak riang


Bie Syuhada


Assalamualaikum. Tak marah kalau mau salin katanya tapi lebih manis kalau minta kebenaran tuannya :)


GPS

Diary About


Mari-mari

Instagram

The Credits!

Template by : Farisyaa Awayy
Basecode by : Nurynn
Full Edited : Bie Syuhada

Best View at GOOGLE CHROME!