♥ hunnybunnybaby ♥
Pasrah

Tuesday, January 1, 2013 @ 7:41 PM | 0 Comment [s]


           Hidup dia kosong macam dunia tanpa warna cuma lagi kosong tanpa kasih sayang. Dibesarkan tanpa ibu bapa, diberi pemainan tanpa adik-adik kerana mereka meninggalkannya  hanya kerana silapnya. Silap yang dia mahu ubah, dia mahu putar balik masa tu. Kasih sayang yang dia cari tak jumpa dan sejak itu dia benci cinta, sayang. Dia benci melihat orang bahagia dengan keluarga. Kerana baginya cinta tu tak wujud, cinta tu kejam. 

             Sedang dia memikirkan apa yang akan dilakukannya selama hidup ni di kerusi batu di tasik tu, lalu lah seorang lelaki. Lelaki yang pertama kali buat hati dia berdenyut dengan sempurna dan normal. Dia cuma lelaki biasa, lelaki yang tiada rupa tapi bisa buat hatinya bergetar. Menegur dia dengan penuh kelembutan dan mengharapkan si dia jua membalas tegurannya. Dan bermula dari teguran tersebut hidup dia terisi dengan warna. Tiada lagi warna hitam dan putih sahaja. Tiap hari ada saja yang indah buat dia. Tidak lagi dia memikirkan  akan kisah silamnya. Akan kesilapannya. Lelaki tersebut menyempurnakan segalanya.

              Sehingga 2 tahun selepas peristiwa tu, indah yang dinikmatinya hilang secara tetiba. Hilang sebegitu saja. Lelaki yang sentiasa memberi keindahan buatnya jua hilang. Setiap hari dia menunggu dengan penuh setia di kerusi batu di tempat kali pertama mereka bertemu dan datang satu pasangan yang buat dia menitis air mata nya kembali. Buat dirinya makin benci terhadap cinta. Dan dia mengambil satu keputusan tanpa memikirkan kesan akan datang. Dia pergi selamanya meninggalkan dunia yang rasa tak layak buat dia huni. Dulu dia punya cinta, tapi cinta meragut keluarganya dan cinta juga meragut nyawanya.

p/s : Cinta dengan penuh iman. Cinta hanya pada yang Esa. Cinta itu lebih indah.



Older Post | Newer Post
 kanak-kanak riang


Bie Syuhada


Assalamualaikum. Tak marah kalau mau salin katanya tapi lebih manis kalau minta kebenaran tuannya :)


GPS

Diary About


Mari-mari

Instagram

The Credits!

Template by : Farisyaa Awayy
Basecode by : Nurynn
Full Edited : Bie Syuhada

Best View at GOOGLE CHROME!