♥ hunnybunnybaby ♥
Meroyan di malam hari.

Monday, February 11, 2013 @ 11:49 PM | 0 Comment [s]

     Assalamualaikum. heyyaaa~!! Lama betei gua tinggal blog ni berusang dan berhabuk. Alasan yang sama, gua busy. heeeee~ Busy dengan presentation semua dan mini projek. Dan sekarang gua akan terus busy dengan final report dan exam untuk paper yang gua kena repeat. Dan benda paling mangkuk bila gua kena extend semester. Damn! Padan muka gua, memain sangat semester 2,3 dan 4, nah hamek gua. Baru mengelabah nak insaf. Mama? Macam biasa la, mampu geleng kepala bila gua cerita, abah? yang tu gua tak bagitau lagi sebab tak sampai hati. Jadi takdonya nak memain macam sebelum ni. Gua kena struggle bebetul. Doakan gua setel belajar. Kepala dah memang tak boleh terima nak study ni bagai. Hidup gua kena teruskan. Memang silap gua dulu memain semua, tapi takkan umur 22 gua still nak fikir pakai lutut kan. Masa untuk berfikir guna akal yang dah nak berkarat ni.

    Setel semua benda gua nak kerja sampai lebam. Sebenarnya gua takda arah tuju hidup lagi. Gua tak tahu apa gua mahu. Any idea? Otak gua memang kosong gegila vavi dah ni. Cinta? Pfttttt -.- Macam takda benda lain mau cakap dengan gua. Gua baru 22 laaa. Oh ya bila sebut pasal cinta ni gua agak meroyan untuk malam ni sebab tangan gatai pi buka gambar depa together. Nah hamek gua, padan muka. Kemain petang tadi cakap berkobar-kobar dah benci, tengok gambar terus meleleh ayaq mata ni. Memang dasar khinzir betei. Sekarang ni gua kemain bebel dekat kawan gua tapi gua sendiri tahap frust tak sudah walaupun dah nak masuk 3bulan benda tu jadi. Hati nipis betei gua ni. Tak cukup kental. Dulu cakap kuat, ni baru tengok gambar depa dating dekat Melaka terus berayaq mata. Bodoh.

   Cukup la kut gua meroyan untuk malam ni. Esok gua kerja. Assalamualaikum abam hensem, kakaks cantik, adik comels :)


Older Post | Newer Post
 kanak-kanak riang


Bie Syuhada


Assalamualaikum. Tak marah kalau mau salin katanya tapi lebih manis kalau minta kebenaran tuannya :)


GPS

Diary About


Mari-mari

Instagram

The Credits!

Template by : Farisyaa Awayy
Basecode by : Nurynn
Full Edited : Bie Syuhada

Best View at GOOGLE CHROME!