♥ hunnybunnybaby ♥
Pangkat, Status, Pendidikan. Ego Manusia.

Saturday, March 23, 2013 @ 5:40 PM | 0 Comment [s]

Yang muda memberi cadangan, yang tua membangkang dengan mengatakan mereka lebih tahu segalanya. Tauke maki kuli bila kuli memberi cadangan atau membangkang tauke. Ibu bapa tak nak dengar apa yang disuarakan anak-anak kerana fikir mereka lebih dahulu makan garam. Senior tak nak dengar apa junior kata. Pelajar rasa tinggi pendidikannya ego sampai tak mahu dengar cadangan pelajar yang rendah pendidikannya.

     Sampai bila hidup nak jadi begini? Status, pangkat, pendidikan memang memberi gambaran betapa tingginya kita dalam satu tahap kehidupan tapi kalau semakin tinggi kita berdiri semakin tinggi juga hidung kita dengan megah dan bongkaknya tanpa memikirkan perasaan dan adab semua buat apa kan? Semua bercakap pointer itu penting. Ya! pointer tu memang sangat penting tapi kalau adab lu hilang buat apa kan?

      Semua manusia ada cadangan dan pandangan masing-masing untuk sama-sama meningkatkan kadar hidup kita. Tapi kalau yang tinggi pangkat, status, pendidikan dan juga umur tidak mahu langsung menerima pandangan mereka yang muda, rendah pangkat, status dan tiada pendidikan tiada gunanya. Kenapa mesti nak mempersuarakan yang mereka lebih makan garamnya? Gua hormati mereka yang berada di atas, tetapi bila adik-adik memberi pandangan atau cadangan kenapa tak cuba menerima dengan positif berbanding kau menghentam dan mengatakan mereka tu tak punya kelayakan untuk mempersoalkan semuanya?

      Gua respek cara mat salleh membesarkan anak-anak mereka. Sebabnya mereka menerima dan tidak terus menghentam pandangan atau cadangan anak-anak mereka. Mereka duduk, dengar dan bincang dengan cara baik. Tapi kita? Tidak. Mungkin tidak semua tapi dari apa yang gua perhati kebanyakan ibu bapa susah nak terima cadangan anak mereka. Kenapa? Mereka fikir anak-anak muda, tiada pengalaman, tak berhak untuk mempersoalkan segalanya.

       Gua bukan mempersoalkan cara pembesaran yang mereka lakukan tapi mungkin perlu ubah dengan cuba mendengar apa yang anak-anak katakan. Gua sendiri hadapi masalah ni. Sebab tu dulu gua sendiri tak berapa nak rapat dengan keluarga gua. Gua jadi takut, dulu gua takut sebab apa gua cakap mereka bangkang, apa gua persoalkan mereka marah. Sekarang bila umur meningkat ni gua nampak mereka cuba berubah. Adik-adik gua dapat rasa rapat mereka dan mereka cuba dengan gua walaupun gua dah besar.

      Gua jadi terfikir isu ni bila ada pelajar diploma beri cadangan dan budak degree/master (gua tak pasti lak) memperlekehkan dia. Merungut dan memaki tapi bila ada orang bangun beri cadangan mereka rasa tercabar. Ya, gila tak tercabar bila budak yang bukan belajar hebat macam mereka bagi cadangan macam tu. Ego. Tu gua boleh cakap. Terlampau ego sampaikan tak nak terima langsung apa-apa.

Gua minta maaf kepada yang berusia dari gua, pangkat tinggi dari gua, pelajaran tinggi dari gua yang tak boleh nak menerima apa gua suarakan. Kita saling tegur menegur. Saling meningkatkan kehidupan kita. Jangan menghentam sebab sampai bila hidup kita tak ke depan sebaliknya makin mundur ke belakang.


Older Post | Newer Post
 kanak-kanak riang


Bie Syuhada


Assalamualaikum. Tak marah kalau mau salin katanya tapi lebih manis kalau minta kebenaran tuannya :)


GPS

Diary About


Mari-mari

Instagram

The Credits!

Template by : Farisyaa Awayy
Basecode by : Nurynn
Full Edited : Bie Syuhada

Best View at GOOGLE CHROME!