♥ hunnybunnybaby ♥
Kahwin. Blerghhh

Monday, March 18, 2013 @ 9:26 AM | 0 Comment [s]

Orang yang kita benci besar kemungkinan akan jadi jodoh kita kan. Sebab tu orang dedulu pesan jangan selalu gaduh, jangan benci dekat orang sangat takut nanti jatuh rasa sayang.

Sayang? Satu perkataan yang senang orang nak ucapkan, mudah nak dilafazkan tapi susah nak buktikan. Sekarang gua 22, kengkawan gua hampir kesemua bakal tunang, dah tunang, bakal kahwin, dah kahwin dan seterusnya lah. Tapi gua tetap berdiri teguh tak nak kahwin lagi. Gua tak faham kenapa perlu kahwin awal kalau kewangan dan pelajaran kita sendiri tak kukuh. Mama cakap dah kalau tak nak kahwin sapa suruh gatai nak couple bagai. Dulu ya, waktu gua kenal dia, gua rasa dia jodoh gua, gua rasa perkataan kahwin tu memang indah dan gua tak sabar-sabar. Tapi bila dia tinggal gua, dan beberapa peristiwa, gua rasa gua tak kahwin pun takpe. Biarlah orang nak cop gua ni anak dara tua dan tak laku ke apa, yang penting niat gua hanya satu, matlamat gua satu, gua nak adik-adik gua berjaya tak jadi macam gua dan gua nak jaga mama abah. Ada lelaki yang sanggup terima gua? Gua cerewet. Ya, sangat cerewet. Gua hanya akan terima siapa yang sanggup terima syarat gua. Syarat gua senang, lepas kahwin stay dengan mama abah, gua nak jaga diaorang, gua nak jaga adik-adik gua. Gua ni bukan baik mana pun, sebab tu gua nak balas budi diaorang masa sekarang.

    Sesetengah orang tengok gua couple dengan spyro tapi gua asyik cakap yang gua tak nak kahwin, jadi di atas tu sebab-sebab gua tak nak kahwin buat masa sekarang bila orang tanya pasal kahwin. Gua bercinta dengan spyro, gua sayang spyro tapi bukan sekarang gua nak kahwin. Bukan masanya lagi, selagi gua tak penuhi apa yang gua dapat buat untuk mama dengan abah gua. Jodoh, ajal, maut, pertemuan semuanya Allah dah tentukan. Sekarang gua memang takda keinginan untuk berkahwin sebab gua sedar diri gua pun bukannya sempurna mana. Belum cukup untuk tanggung dan galas tanggungjawab dalam dunia perkahwinan tu. Dan buat sesetengah orang kata gua ni ramai lelaki bagai, memang, gua ramai kawan lelaki tapi sayang gua sekarang hanya untuk seorang tu ja. Jenis gua kalau gua kenalkan dan bagitau pasal seorang lelaki yang gua kawan dekat family gua dan tak malu nak share relay atau tunjuk pasal dia dekat sedara mara gua tu maknanya dia saja dalam hati gua. Gua tak perlu nak buktikan dekat sesapa pun hati dan perasaan gua. Gua cukup kenal diri gua, keluarga gua lebih kenal gua luar dalam berbanding orang yang kenal gua tak lama mana pun walaupun rasa kenal gua lama.

p/s : Diri ni masih kosong, masih banyak salah dan silap dan belum  cukup kuat untuk galas tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu.


Older Post | Newer Post
 kanak-kanak riang


Bie Syuhada


Assalamualaikum. Tak marah kalau mau salin katanya tapi lebih manis kalau minta kebenaran tuannya :)


GPS

Diary About


Mari-mari

Instagram

The Credits!

Template by : Farisyaa Awayy
Basecode by : Nurynn
Full Edited : Bie Syuhada

Best View at GOOGLE CHROME!