♥ hunnybunnybaby ♥
Dia cuma manusia biasa

Wednesday, April 3, 2013 @ 8:44 AM | 0 Comment [s]

Dia seorang manusia biasa
Manusia yang cuba puaskan hati semua pihak
Manusia yang cuba jaga perasaan orang lain
Tapi hati dia?

Dia tak pandai nak berkata pujanga
Tak pandai nak meluahkan segala apa yang dia rasa
Dari sebesar zarah hingga sebesar-besarnya dia cuba pendam dan diam
Simpan, semat erat dan  bukukan di dalam hatinya hingga timbul dendam.

Sebelah kiri dia dibanding-bandingkan, sebelah kanan dia disisihkan
Sebelah kiri dia di anaktirikan, sebelah kanan dia dipergunakan
Tapi dia tetap terus diam da pendam.
Ada masa dia protes, ada masa dia suarakan tapi akhirnya dia tetap diam semula.

Rasa rendah diri, rasa seperti tidak berguna menyelebungi dirinya sejak kecil.
Tidak pernah dia rasa dia melakukan sesuatu dengan minatnya,
Tiada sokongan dari sesiapa pun
Dia berubah, dia dicemuh hina, dia kekal dengan dirinya juga dimaki hamun,
Apa lagi dia mahu buat?
Cinta? Setan semua tu.

Kali ni dia berserah saja,
Apa yang jadi. jadilah,
Air mata sudah kering tiada isi,
Dia tanpa henti cuba merubah tapi masih kekal sama
Hanya kerana tanggapan dan pandangan manusia terhadapnya,
Masih terus berdiri memendam rasa seorang diri, ditemani tangisan dan mimpi ngeri tanpa henti.

Dia cuma manusia biasa
Mahu keluarga yang menyokongya. sahabat yang sejati, cinta yang suci.

2 April 2013





Older Post | Newer Post
 kanak-kanak riang


Bie Syuhada


Assalamualaikum. Tak marah kalau mau salin katanya tapi lebih manis kalau minta kebenaran tuannya :)


GPS

Diary About


Mari-mari

Instagram

The Credits!

Template by : Farisyaa Awayy
Basecode by : Nurynn
Full Edited : Bie Syuhada

Best View at GOOGLE CHROME!