♥ hunnybunnybaby ♥
Jangan duk kejar sangat lah.

Saturday, May 18, 2013 @ 5:21 PM | 0 Comment [s]

Assalamualaikum. Rasa macam dah lama sangat gua tinggal blog ni bersawang ni. Bukan apa, bila ada idea habis gua merapu dekat twitter, pastu mula la gaduh blog bersawang. Lagi pun blog ni bukan ramai baca pun, bajet macam hot plak. Haha. Sebenarnya ni pun takda arah tujuan gak ni. Idea apa haram takda sejak-sejak cuti semester ni. Bulan depan dah masuk sem baru tapi result? Macam biasa lah, UMT paling "laju" yang teramat bab keluar result ni -.-

    Jadi sepanjang cuti ni apa ja gua buat. Duk rumah, kembangkan mana yang patut, dating. Dah dekat nak habis cuti ni baru kalut belajaq buat kek sendiri. Hari tu yang buat pun kek coklat lembap resepi mama tapi gua ubah sikit tambah kacang dengan ceri hijau untuk Mother's Day.

   Kalau bab dating tu, jangan cakap la, tiap minggu jumpa si spyro tu. Nasib tak duk Jitra dah, kalau dak tiap hari jumpa sampai muntah. Haha. Kononnya meluangkan masa sebelum balik Terengganu, dah balik memang harapan la nak jumpa. Ada sesetengah tanya gua macam mana gua boleh tahan dengan dia. Senang ja, gua percaya dia walaupun hampir setiap hari ada ja awek hot duk mai jumpa dia untuk jadi model untuk shoot *ayat apa gua ni -.-* Satu lagi sebab gua tau macam mana pun dia sorok rahsia ka apa, last-last confirm kantoi gak. Lagi pun gua ambil pengajaran dulu, duk pi gila mcm mana dekat seseorang, kalau dia bukan jodoh hang sampai bila takkan jadi apa-apa. Lagi satu sejauh mana dia lari ka hilang ka, dia jodoh hang confirm satu hari dia akan ada dekat sisi hang.

   Gua ni memang fail ayat pembuka dan penutup. Selalu main bantai biar tergantung cerita -.- Satu ja gua nak pesan, jangan tunjuk sangat kita ni desperate nak dekat dia. Kena slow-slow pi dan jangan duk kuat cemburu tak ketahuan hala sangat lah. Pi tanya elok-elok kat dia. Percaya dengan satu, hang sorok la macam mana pun satu hari akan terbuka gak rahsia. Bercintalah dengan penuh keimanan. Chow.


Older Post | Newer Post
 kanak-kanak riang


Bie Syuhada


Assalamualaikum. Tak marah kalau mau salin katanya tapi lebih manis kalau minta kebenaran tuannya :)


GPS

Diary About


Mari-mari

Instagram

The Credits!

Template by : Farisyaa Awayy
Basecode by : Nurynn
Full Edited : Bie Syuhada

Best View at GOOGLE CHROME!