♥ hunnybunnybaby ♥
Dulu. Sekarang.

Monday, May 27, 2013 @ 9:16 PM | 0 Comment [s]


Masing-masing sudah dewasa, sudah punya kerjaya, sudah punya keluarga.
Perhubungan yang terbina makin lama makin jauh dipisah tuntutan dunia.
Hanya tinggal dia seorang diri terus menjalani kehidupan yang sama dan terus merindui kenangan lama.
Dia tahu dia perlu bangun dan kejar masa depan bukan kejar masa yang sudah berlalu.
Tapi lubuk hatinya keras merasakan dia perlukan bayang-bayang silam.

Dia benci semua suasana ini.
Dia cuma mahu bersendiri.
Mungkin orang kata dia seperti hidup dalam dunia sendiri atau “budak kampung hulu yang tak pandai bergaul”  
Tapi itulah dia.

Dia kehilangan manusia paling rapat dengan dia selain ibu bapanya.
Hanya kerana tuntutan dunia dan peningkatan usia.
Bukan dia tak mahu tapi dia penat mendengar semua tohmahan dan segala perli.

*pause

22 tahun dia menghirup nafas dan udara yang dipinjam oleh yang Maha Esa dan 22 tahun itu lah telinga dia terus mendengar benda yang dia tak nak dengar.
Bukan dia tak cuba untuk mengubah tapi tiada siapa yang sudi beri sokongan.
Manusia ni cuma hanya tahu menjatuhkan semangat dan memalukan seseorang tanpa mereka sedar.
Perkara tu buat dia rendah diri. Perkara tu buat dia rasa tariklah nyawa ini wahai Penciptaku.
Bukan dia tak mahu, bukan dia tak cuba, tapi mereka sepatutnya berubah.
Bukan letak akal dalam kotak.
Dia cuma mahu bersendiri.
Biar apa orang kata, yang penting dia tahu segalanya.
Yang lama, dia lepaskan perlahan-lahan dan cuba mengapai kenangan baru.


Older Post | Newer Post
 kanak-kanak riang


Bie Syuhada


Assalamualaikum. Tak marah kalau mau salin katanya tapi lebih manis kalau minta kebenaran tuannya :)


GPS

Diary About


Mari-mari

Instagram

The Credits!

Template by : Farisyaa Awayy
Basecode by : Nurynn
Full Edited : Bie Syuhada

Best View at GOOGLE CHROME!