♥ hunnybunnybaby ♥
Gemuk tu hina ka? Hitam tu jahat ka?

Thursday, July 25, 2013 @ 8:47 PM | 0 Comment [s]

Assalamualaikum. Hey ho! Pejam celik, pejam celik dah separuh bulan Ramadhan dah kita lalui. Hat mana azam nak kurus tu berat turun dak lagi? Haha. Dah tempah belum baju raya? Terawih tinggal dak lagi? Macam-macam jenis azam ada masa bulan puasa ni, sama macam azam tahun baru. Hihi. Gua pun salah sorang lah tapi bukan azam nak kurus, sebab sekarang gua macam tak kisah dah badan gua ni macam belon. Yang penting gua yakin gua sihat walaupun gua gemuk. Serius gua tak malu pun cakap gua gemuk sebab memang gemuk pun. Haha.

Sebenarnya tujuan gua ni sebab nak tegur la sikit hat mana duk suka hati ja perlekeh orang gemuk ni. Setiap kali buat lawak ja mesti nak kait dengan orang gemuk, awat orang gemuk takda perasaan ka sampai hang nak bahan dia mcm tu? Takat sekali sekala takpa la, ni jenis sampai doplohpat jam nak bahan orang gemuk, nak bahan orang hitam, nak bahan orang tu buruk. Hang lawa/hensem sangat ka? Gua teringat ada junior sekolah gua dia hari tu tweet pasai benda ni. Bila dia tweet cakap pasaipa orang muda ka, budak kecik ka, orang tua ka suka sangat perlekeh orang gemuk ni. Gua terfikir gak sepanjang gua gemuk ni boleh kata tiap masa orang duk perlekeh kita. Kita pi jogging orang bahan, kita makan orang bahan, kira buat apa pun semua orang nak bahan. Macam hina gila orang gemuk ni. Heloo! Gemuk kami sihat tau, buat pa kurus tapi berjuta penyakit bersarang dalam diri tu.

Bukan gua takdak buat apa-apa untuk membuang lemak-lemak ni tapi tu la, mulut masyarakat. Macam orang ambil dadah masuk pusat serenti. Bila dia dah insaf, dia keluar dari pusat serenti tu ada dak masyarakat hat sokong dia dari belakang untuk betul-betul dia berubah? Banduan keluar dari penjara, cari kerja sebab nak berubah, ada orang yang bagi kerja kat dia bila dia kata dia bekas banduan? Ada?! Sana sini duk kata, bila orang nak berubah, orang gemuk nak kurus sebab nak sihat mula la duk kata, duk bahan macam-macam. Hampa tau dak depa ni ada gak perasaan malu? Kalau orang duk perlekeh hang tiap hari, apa hang rasa? Seronok sampai rasa nak senyum, gelak tak ingat dunia?

Ingat, apa kita duk kata kat orang la, bila-bila boleh kena balik kat kita. Dunia ni bulat, sentiasa berputar. Bebila masa hang boleh jatuh bergolek kat bawah. Satu jari tuding kat orang, empat balik dekat kita.

p/s : Biar gemuk, hitam, berjerawat, hodoh nak mampuih tapi sihat dari lawa/hensem, putih, kulit licin tapi menderita dengan penyakit. Peace!


Older Post | Newer Post
 kanak-kanak riang


Bie Syuhada


Assalamualaikum. Tak marah kalau mau salin katanya tapi lebih manis kalau minta kebenaran tuannya :)


GPS

Diary About


Mari-mari

Instagram

The Credits!

Template by : Farisyaa Awayy
Basecode by : Nurynn
Full Edited : Bie Syuhada

Best View at GOOGLE CHROME!