♥ hunnybunnybaby ♥
Hari Gua.

Thursday, July 4, 2013 @ 6:05 PM | 0 Comment [s]

Gua renung skrin laptop, pandang kiri, pandang kanan sambung balik tenung skrin laptop. Gua tengok tepon senyap sunyi, lone ranger gini la jawabnya, kalau bunyi mesti buah hati gua maxis hantar mesej. Gua pandang katil, gua nampak teddy bear, bantal memanggil-manggil, cuaca pulak seakan-akan setuju dan benarkan gua menikmati bersama cinta hatiku katil. Tapi nafsu gua belum membuak-buak lagi, malam karang ye katil. Gua sambung balik tenung laptop, gua belek-belek senarai cerita, semua gua dah tengok berpuluh-puluh juta kali sampai tak larat nak skip. Gua belek plak list muzik, bosan plak lagu dalam playlist gua ni. Gua sambung tenung buku BABI (Bercinta di Balik Api) pulak yang gua dah tamatkan hampir 5kali siap boleh hafal lagi lepas ni jadi apa. Gua nak mengemas pun apa lagi yang gua nak kemas. Gua pandang meja penuh dengan timbunan makanan, gua nampak kacang, biskut, nescafe, keropok tapi nafsu makan tak datang plak. Setan duk bising dalam kepala ajak keluar lepak tapi iman gua untuk duduk dediam dalam bilik masih kuat. Gua pandang kiri, pandang kanan. Bosannya hidup gua. Tertiba lu hantar whatsapp apa yang kita plan minggu ni cancel, gua renung dalam-dalam tiap kata-kata yang lu taip. Dalam hati "Keseorangan lagi lah dalam bilik ni hujung minggu ni sambil membela lemak-lemak yang bertambah".

p/s : Ada sesiapa rajin nak ajak gua keluar hujung minggu ni?


Older Post | Newer Post
 kanak-kanak riang


Bie Syuhada


Assalamualaikum. Tak marah kalau mau salin katanya tapi lebih manis kalau minta kebenaran tuannya :)


GPS

Diary About


Mari-mari

Instagram

The Credits!

Template by : Farisyaa Awayy
Basecode by : Nurynn
Full Edited : Bie Syuhada

Best View at GOOGLE CHROME!