♥ hunnybunnybaby ♥
Siapa kau? Pengadil atau penjatuh hukuman?

Tuesday, July 16, 2013 @ 9:02 PM | 0 Comment [s]

Siapa kau sebenarnya?
Seorang yang mudah mengadili hidup orang lain?
Atau kau manusia yang menerima masa silam seseorang dan melihat serta membimbing untuk masa depan orang?

*diam

Terukkah dia seandainya dia seorang pelacur?
Hinakah dia seandainya dia seorang penagih dadah?
Apa mereka yang pernah buat dosa, punya masa silam tak layak diberi peluang?
Kau siapa nak mengadili hidup mereka?
Tuhan?

*ketawa besar

Kau sendiri penuh noda.
Kau sendiri penuh jijik.
Kau sendiri penuh kotoran.
Jadi kau siapa nak adili hidup mereka?

*pause

Mereka juga hamba kepada Dia Yang Maha Kuasa.
Mereka juga ada hak kepada muka bumi yang penuh kotor.
Mereka juga punya hati dan perasaan untuk dijaga.
Apa kau fikir dengan kekayaan kau itu kau sudah cukup baik?
Apa kau fikir dengan topeng kau itu kau dapat memakai apabila berdepan denganNya?
Celakalah kau.

*tarik nafas

Mereka masih perlu diberi peluang.
Mereka perlu diajak ke arahNya bukan dicaci hina.
Sama-sama pegang erat dan membimbing ke arah jalan yang lebih indah.
Sama-sama senyum dan beribadah kepada Tuhan Yang Maha Esa.


Older Post | Newer Post
 kanak-kanak riang


Bie Syuhada


Assalamualaikum. Tak marah kalau mau salin katanya tapi lebih manis kalau minta kebenaran tuannya :)


GPS

Diary About


Mari-mari

Instagram

The Credits!

Template by : Farisyaa Awayy
Basecode by : Nurynn
Full Edited : Bie Syuhada

Best View at GOOGLE CHROME!