♥ hunnybunnybaby ♥
Berbeza.

Saturday, August 31, 2013 @ 7:49 PM | 0 Comment [s]

Assalamualaikum. Hey ho! Hidup ni tak perlu jadi sempurna untuk bahagia. Tak perlu jadi cantik untuk gembira. Tak perlu jadi orang lain untuk diterima. Diri sendiri kan dah cukup sempurna, dah cukup indah. Allah cipta setiap manusia punya perangai yang berbeza, punya bentuk badan yang tak sama, rupa paras, darjat, harta berbeza. Kalau semua sama, takda langsung perbezaan tu mesti dunia tu bosan. Allah cipta si cantik dan si hodoh untuk si cantik hargai, bersyukur dengan kelebihan yang Dia beri, jangan riak dengan kecantikkan di dunia. Allah jadikan orang tu kaya, orang tu miskin supaya yang kaya dapat bantu si miskin, mensyukuri nikmat yang diberiNya yang bila-bila masa boleh Dia tarik. Sebab tu sentiasa tanam dalam diri kita ni dengan sifat rendah diri, jauhkan dari sifat bangga, riak.

Gua nak bercakap pasal soal agama diri gua ni bukan lah banyak ilmu agamanya dan sentiasa cuba untuk penuhkan ilmu agama ni. Gua kecewa kadang-kadang bila tengok seseorang tu penuh ilmu agama di dada tapi riak, bangga dengan ilmu tu, merasakan dirinya dah cukup sempurna, dah confirm jadi ahli syurga. Merendah-rendahkan orang lain yang dia rasa tak layak untuk berkawan dengannya. Ya, kalau berkawan dengan penjual minyak wangi, bau wangi tu akan terpalit pada kita sama dan kalau berkawan dengan pengangkut najis, bau busuk najis tu akan sentiasa mengikut kita tapi bagi gua tak salah untuk kita berkawan dengan orang yang kononnya bagi lu tu confirm jadi ahli neraka. Sebab bagi gua, dosa, pahala, amalan kita biar Dia yang tentukan. Apa salahnya kita berkawan dengan orang yang macam ni dan pada masa yang sama kita cuba untuk tarik dia keluar dari lubang hitam tu bukan kita ikut sama ke lubang hitam. Sama-sama cuba untuk mengimarahkan diri pada Yang Maha Esa. Jangan jadi hakim tak bertauliah di dunia dengan cop orang tu ahli syurga, orang tu ahli neraka. Ingat, niat kita hanya Dia saja yang tahu. Perbetulkan niat kita. Chiow

p/s : Apa yang rosak kita sama-sama baiki, semoga jalan kita diredhaiNya.




Older Post | Newer Post
 kanak-kanak riang


Bie Syuhada


Assalamualaikum. Tak marah kalau mau salin katanya tapi lebih manis kalau minta kebenaran tuannya :)


GPS

Diary About


Mari-mari

Instagram

The Credits!

Template by : Farisyaa Awayy
Basecode by : Nurynn
Full Edited : Bie Syuhada

Best View at GOOGLE CHROME!