♥ hunnybunnybaby ♥
Buat saudaraku.

Friday, August 23, 2013 @ 6:02 PM | 0 Comment [s]




Semua kejar syurga.
Tapi, tak semua benar benar melakukan cara yang benar boleh bawa diri ke syurga.

Di sini,
Kita menari riang berlatar muzik rancak, berpeleseran bak kutu jalanan tanpa kerisauan.
Di sana,
Mereka berlari ketakutan, bertempiaran dari hujanan peluru berlatar muzik letupan.

Di sini,
Ibu memeluk, mencium hidup anaknya.
Di sana,
Ibu memeluk jasad tak bernyawa zuriatnya.

Di sini,
Semua kejar uang berjuta juta.
Di sana,
Semua kejar tempat perlindungan dari menjadi mangsa.

Di sana,
Mereka menyokong Al-Haq dan campak jauh yang batil.
Tapi, mereka dirodok kejam oleh binatang-binatang yang pentingkan dunia.
Di sini,
Siapa punya uang, punya kuasa, punya harta, punya pangkat, dia lah mulia, dia lah benar sebenarnya.
Dia lah di puja, disanjung tinggi walaupun salah.

Mereka syahid demi pertahankan agama.
AgamaMu Tuhan.
DemiMu Ya Allah.
Kuatkanlah diri mereka, saudara seIslamku.




Older Post | Newer Post
 kanak-kanak riang


Bie Syuhada


Assalamualaikum. Tak marah kalau mau salin katanya tapi lebih manis kalau minta kebenaran tuannya :)


GPS

Diary About


Mari-mari

Instagram

The Credits!

Template by : Farisyaa Awayy
Basecode by : Nurynn
Full Edited : Bie Syuhada

Best View at GOOGLE CHROME!