♥ hunnybunnybaby ♥
Kisah 20 sen dan displin.

Wednesday, September 4, 2013 @ 7:07 PM | 0 Comment [s]

Assalamualaikum. Hey ho! 20 sen? Nilai yang bagi orang sekarang macam takda nilai. Dulu masa sekolah 20 sen tu dah boleh dapat ayaq segelas. Kalau bawak duit sekolah RM2 kira hang ni kategori anak orang kaya la. Dulu RM1.50 boleh dapat nasi lauk teloq rebus dengan ikan bilis. Sekarang ayaq mineral pun mahaii. Dan sekarang orang mula mempersoalkan pasal nilai 20 sen tu semula. Biarlah mereka bersama cerita 20sen. Tapi kalau boleh jangan la sebab naik 20sen, benda lain pun naik bersen-sen. Tak ramai orang yang benar-benar mampu dalam hidup dia. Tak semua orang dapat rezeki yang sama.



Displin. Dulu hukuman paling ringan yang pernah gua kena, conteng dekat muka sebab tak tulis tarikh dan hari. Sebesar-besarnya tanda soal ada dekat muka. Takat kena rotan, cubit, berdiri dekat atas kerusi semua tu biasa. Paling teruk gua kena tampar dekat belakang badan dengan buku log kulit tebal tu. Tapi masa tu mana berani nak mengadu dengan mama abah, mau lagi sakit kita kena dekat rumah. Tak dapat nombor satu sampai sepuluh jangan harap mama abah nak datang sain report card. Cikgu displin memang orang yang paling semua bebudak takut. Memang dengar ja tapak kasut dia dari jauh, semua celapak lari duk dediam dalam kelas. Sekolah menengah ja berani sikit ponteng bagai tapi cubit tu tetap kena dengan ustazah. Semua tu jadi kenangan tau. Benda tu yang ajar gua jadi manusia walaupun kekadang macam haremm. Berbeza dengan sekarang. Bila gua baca info tu, gua geleng kepala. Macam mana nanti zaman anak-anak gua? Sekarang pun dah macam ni, nanti 10 tahun akan datang macam mana lah rupanya.  




Older Post | Newer Post
 kanak-kanak riang


Bie Syuhada


Assalamualaikum. Tak marah kalau mau salin katanya tapi lebih manis kalau minta kebenaran tuannya :)


GPS

Diary About


Mari-mari

Instagram

The Credits!

Template by : Farisyaa Awayy
Basecode by : Nurynn
Full Edited : Bie Syuhada

Best View at GOOGLE CHROME!