♥ hunnybunnybaby ♥
Sesi Pecah Ais Batu.

Sunday, September 1, 2013 @ 3:24 PM | 0 Comment [s]

Assalamualaikum. Hey ho! Hari ni tertiba mood gua nak buat introduction pasal diri gua. Ala-ala sesi pecah ais batu gituu. Lagipun gua penat jawab soalan orang yang tanya gua ni sebenarnya orang mana. Kejap muncul kat perlis, kejap kedah, kang perak pastu terbang nampak dekat subang. Senang cerita, gua bebel dekat sini dari saat gua lahir sampai besaq gedabak ni ok?

Gua dilahirkan di Sungai Bakap, Pulau Pinang dan menetap dekat Simpang Ampat Tasek, Seberang Prai sampai umur gua 5 tahun. Di sebabkan kerja abah gua KTMB, dia ditukarkan ke Bukit Keteri, Perlis tapi gua duk kat Perlis sampai umur 6 tahun ja. Masa tu abah gua ditukarkan lagi pi Alor Star tapi kami sewa rumah dekat Jitra. Rumah pertama yang kitaorang duk dekat Taman Mawar, lepas tu kami pindah pi Taman Pasu dan abah mama beli rumah dekat Taman Suria. Kami duk la situ sampai la gua habis SPM. Sepatutnya masa umur gua 16 tahun abah mama ajak pindah duk Padang Besar sebab abah dapat tukar kat sana dan sebab kes abah kemalangan dan penat ulang alik dengan motor. Tapi biasa la, gua tak mau sebab dah ramai member rapat semua dan gua tak mau duk asrama. Dipendekkan cerita, habis spm gua dapat uitm tapi gua tak mampu go on. Jadi gua menyemak kejap dekat rumah mak cik gua kat subang jaya, kerja kat sana sementara tunggu tawaran lain. Dan gua dapat Terengganu. Perak tu sebab mama abah gua orang sana dan Penang kekadang balik gak sebab ada sedara kat sana. Gua ni nak kata melayu betul pun dak sebab abah mamak melayu dan mama bengali tapi gua tak pasti bengali belah mana. Heeee.

Begitu la sebabnya gua ni macam nampak duk merata-rata. Dan sekarang gua dekat Padang Besar dan mungkin dekat situ ja sampai abah pencen. Jadi kalau nampak gua cakap kejap nak balik sana, kejap nak balik sini, hiraukan. Gua ni jenis ramai sedara dan bersepah di merata-rata. Gua rasa tu ja kut. Chiow para kesayangan.    




Older Post | Newer Post
 kanak-kanak riang


Bie Syuhada


Assalamualaikum. Tak marah kalau mau salin katanya tapi lebih manis kalau minta kebenaran tuannya :)


GPS

Diary About


Mari-mari

Instagram

The Credits!

Template by : Farisyaa Awayy
Basecode by : Nurynn
Full Edited : Bie Syuhada

Best View at GOOGLE CHROME!