♥ hunnybunnybaby ♥
Bangkitnya aku. Terima kasih.

Wednesday, October 9, 2013 @ 2:18 PM | 2 Comment [s]

Luka tu sakit. Tambah sakit bila kau perah limau pada luka tu. Lagi tambah sakit bila kau makin kerap toreh luka tu. Kau tak sedar. Kau tak tahu. Kau cuma tahu tambah luka, cuma tahu buat air mata menitis. Tapi aku kekal kuat. Buat apa aku menangis utk kau. Aku senyum saja, seronok tengok drama kau buat. Aku mengaku hati aku sakit, hati aku berdarah sampai jadi nanah luka tu. Aku cuma nak tahu berapa lama lagi cerita rekaan ni ada. 

"Sebab tu hati kau penuh dendam kan?".

Dendam? Haha. Aku cuma akan balas dengan senyuman, kegembiraan yang ada dalam hidup aku. Iya, kau hancurkan hidup manis aku tapi aku bangkit. Bangkit aku dengan harapan. Biar kau rasa, biar padan muka kau. Biar kau jatuh terduduk tak bangun bila pandang aku. Aku yang dulu kau hancurkan hati, yang kau jatuhkan sampai tiada daya aku mahu bangun.

"Kau jahat! Kenapa?"

Aku tak jahat. Aku kejam sikit saja. Kejam aku bukan fizikal. Kejam aku pada mental kau, pada dalaman kau. Tu baru benar-benar kepuasan. Kau paksa. Keadaan memaksa. Aku yang dulu mudah kau injak-injak sampai penyek. Sekarang,kepala aku tinggi melangit melihat kau jauh di bawah.

"Riak sungguh kau. Fikir tinggi melangit kau tu hebat?"

Tinggi melangit aku tetap di bawah sujud kepadaNya. Kedudukan aku sekarang, kemanisan hidup sekarang, aku ucap terima kasih pada kau jatuhkan aku, usaha aku dan syukur pada Dia. Kau pula cuma cebisan dari zaman gelap hidup aku.





Older Post | Newer Post
 kanak-kanak riang


Bie Syuhada


Assalamualaikum. Tak marah kalau mau salin katanya tapi lebih manis kalau minta kebenaran tuannya :)


GPS

Diary About


Mari-mari

Instagram

The Credits!

Template by : Farisyaa Awayy
Basecode by : Nurynn
Full Edited : Bie Syuhada

Best View at GOOGLE CHROME!