♥ hunnybunnybaby ♥
Hello 2014. Bye 2013

Wednesday, January 1, 2014 @ 6:06 PM | 0 Comment [s]

Assalamualaikum. *fuh fuh* Tiup sekuat mungkin nak buang semua sawang, semua habuk hat ada. Dah dekat sebulan tinggal blog ni tersadai walaupun gua ni bukan lah busy mana, duk rumah membesarkan badan dengan melantak kenduri tiap hari. Kerja duk makan, tidur, makan, tidur. Dan alhamdulillah kita dah masuk tahun baru, its 2014 yaww! Umur ditambah setahun lagi dan itu bermakna gua dah 23, okea 23 tapi gua tetap nak perasan yang gua hanya kanak-kanak ribena baru nak masuk sekolah, jangan nak mempertikaikan kenapa. Haha. Gua ni bukannya ada idea pun nak karang apa, tapi mengenangkan blog ni dah lama tinggal dan rasa satu kewajipan pulak untuk update pasal 2014 ni, gua buat jugak.

2013, satu tahun yang banyak memori. Ada yang indah, ada yang pedih. Permulaan 2013 adalah permulaan yang kurang baik untuk gua bila gua rabak. Dan alhamdulillah gua recover dan datang seorang dalam hidup dan masih lagi terus mengira. 2013 jugak bermulanya gua sebagai pencari kerja dan berakhirnya gua sebagai seorang pelajar. Gua dah habis diploma dan kalau ada rezeki in sha allah gua sambung degree. Banyak benda yang jadi, kehilangan seorang sahabat, jatuh naik terbaring terduduk gua sepanjang tahun. Dan Allah masih memberi peluang kepada gua untuk bernafas dan menikmati 2014. Dan azam gua tahun lepas tercapai, moga azam 2014 juga tercapai sebelum bertemu hujungnya.

Gua tak mintak lebih untuk tahun 2014 ni, cuma gua sentiasa berdoa yang tahun ni gua dilimpahi dengan rezeki dan rahmat dariNya, sentiasa memperbaiki diri untuk yang lebih baik dan memperjuangkan apa yang perlu gua juangkan. In sha Allah gua akan tempuh satu lagi perjalanan dan berharap yang ia akan berakhir dengan baik. Amin.

Dan selamat menyambut tahun baru 2014 para pembaca yang sudi jenguk blog merapu gua ni, gua doakan hampa semua capai apa yang hampa nak :)




Older Post | Newer Post
 kanak-kanak riang


Bie Syuhada


Assalamualaikum. Tak marah kalau mau salin katanya tapi lebih manis kalau minta kebenaran tuannya :)


GPS

Diary About


Mari-mari

Instagram

The Credits!

Template by : Farisyaa Awayy
Basecode by : Nurynn
Full Edited : Bie Syuhada

Best View at GOOGLE CHROME!