♥ hunnybunnybaby ♥
Percaya dan terus hukum.

Wednesday, January 8, 2014 @ 2:31 PM | 0 Comment [s]

Assalamualaikum. Gua straight forward dah la eh, lagipun gua tak reti buat ayat pembuka kata bagai ni dari dulu lagi :) Gua tengok sekarang manusia senang saja diperbodohkan. Terlampau mudah depa nak percaya pada sesuatu cerita dan sebagai contoh hang reka satu cerita dan kaitkan cerita tu dengan agama dan mintak tolong orang sebarkan kononnya atas nama agama, dan sesetengah manusia ni yang baca depa akan terus main bantai ja percaya bila cerita tersebut melibatkan agama sebab kononnya mereka ni sensitif dan prihatin pasal agama sedangkan amalan lain entah ke mana. Okea dah menyimpang jauh. Bila dah percaya mula lah terus main sebar, forward, share, retweet ja tanpa selidik apa-apa terlebih dahulu. Dan hampa sendiri tahu apa hukumnya menyebarkan cerita yang tak benar ni kan. Gua tengok banyak sangat jadi benda ni, mudah percaya apa saja yang disebarkan, kalau boleh lah kan jangan main bantai ja nak percaya bila orang upload, cerita atau apa saja yang hampa terbaca dekat mana-mana. Cuba bertanya orang yang lebih tahu, riki-riki dulu maklumat yang diberikan tu sah atau dak, mana tau satg benda tu tak benar dan kalau terus biarkan boleh jatuh fitnah. Gua ni nak bercakap soal hukum hakam agama ni pun gua tak pandai mana, tapi jenis gua bila terbaca sesuatu cerita gua lebih suka teliti terlebih dahulu dan selidik mana yang gua mampu sebelum gua terus percaya dan jatuhkan hukuman pada seseorang atau sesuatu benda. Dan kalau boleh janganlah duk pi reka cerita, buat hukum sendiri atau bila dengar apa-apa saja gosip ka cerita apa pun terus main sebar ja, terus percaya, terus buat hukuman. Gua paling benci bila orang gunakan agama untuk kepentingan diri sendiri. Gua menyampah dengan dunia sekarang sebab agama pun dah mampu dibeli dengan wang ringgit, hati seseorang tu ja boleh diukur dengan berapa tebal poket dia dan menghukum seseorang tanpa soal selidik, jenis hukum gantung sampai mati yang kejam. Duit saja dah boleh buat tertiba ja ada hukum agama baru dinaikkan kononnya demi agama padahal demi perut buncit diri sendiri! Lidah tu kita jaga, tangan tu hati-hati bila menaip aksara apa saja yang berkaitan agama. Sekarang juga hang boleh jadi hakim tanpa apa kelulusan dengan terus jatuhkan hukuman bila nampak seseorang melalui cara bicara atau pakaiannya.Sekarang juga hang boleh jadi tuhan dengan menghukum tanpa soal apa. Bodoh semuanya!

Dan bagi kes seseorang yang hampa tengah riuhkan tu, gua tak nak terus jatuhkan hukuman bagi dia, sebab gua sendiri tak tahu hujung pangkalnya dan hanya tengok dari video yang orang lain duk sebarkan. Jangan fikir gua sokong dengan apa yang dia katakan sebab gua juga tak suka dengan apa yang dia persoalkan, mungkin ayat, susun bicaranya tak kena. Kita jangan nak hentam keromo saja hukum, main maki ikut mulut saja, bercakap tu biar berdepan, cara halus yang terus masuk dalam hati dan buat dia sedar apa yang dia katakan. Islam ajar kita menarik manusia yang beragama lain mendalami ajaran kita dengan cara dakwah yang baik, cara yang betul bukan dengan cara maki hamun, tengking sana sini dan hanya tahu salahkan saja orang tu tanpa teguran. Bila cara halus, mungkin hati seseorang akan ikut sama lembut dan mudah mendengar apa yang kita bicarakan berbanding guna kekerasan yang hanya buat hati seseorang tu ikut sama keras tak mahu terima apa yang kita suarakan.

p/s : Maaf andai kata ayat, susunan kata gua buat sesiapa terasa atau marah, diri gua juga bukan sempurna mana, cuma gua suarakan saja apa yang terlintas dalam jiwa. Tegurlah dengan kelembutan tanpa makian sekiranya ada kekhilafan pada diri ni :)




Older Post | Newer Post
 kanak-kanak riang


Bie Syuhada


Assalamualaikum. Tak marah kalau mau salin katanya tapi lebih manis kalau minta kebenaran tuannya :)


GPS

Diary About


Mari-mari

Instagram

The Credits!

Template by : Farisyaa Awayy
Basecode by : Nurynn
Full Edited : Bie Syuhada

Best View at GOOGLE CHROME!