♥ hunnybunnybaby ♥
Emosi diri.

Monday, June 30, 2014 @ 2:50 AM | 0 Comment [s]

Pedih tahu rasa bila kita mampu cuma ingat kisah lama. Kisah yang pedih, yang buat air mata mengalir tanpa henti. Pukul 2 pagi tapi gua masih segar tanpa ada tanda mahu tidur. Kekadang gua tak faham dengan kitaran hidup dunia berputar apa semua. Sampai satu tahap gua give up pada hidup, masa tu gua rasa biar tuhan ambil saja nyawa yang dipinjam ini. Sampai tahap gua rasa gua cuma mahu baring, mahu seorang diri, mahu ketenangan yang gua masih tak jumpa. Gua tak tahu apa yang tak kena pada diri yang sampai gua rasa biarlah kena maki, kena penampar asalkan gua puas. Gua rasa gua gila mungkin cuma gila tu tak sampai tahap gila masuk tanjung rambutan mungkin. Apa yang entah gua merepek merapu malam ni pun tak tahu. Gua cuma rasa nak luahkan sesuatu yang langsung tak terluah. Sebab apa yang gua nak luah tak mampu dirasa pada bacaan kata atau dengar setiap perkataan yang gua luahkan. Gua masih cari jalan, yang mana gua rasa gua silap pilih persimpangan. Gua salah pilih cara kehidupan dan ada sebab Dia buat gua pilih simpang ini. Mungkin Dia nak gua fikir, mahu gua cari makna kehidupan dunia yang sebenarnya tiada apa pun. Bercinta? Perasaan? Yang tu dah lama gua tinggalkan. Biar sendiri, biar apa yang jadi masa lalu gua jadikan sandaran. Cuma pesan pada bakal separuh jiwa yang masih tidak ditemui dan dikenali, harap dapat bersabar dengan perangai emosi turun naik gua sebab gua masih dalam sesat mencari jalan keluar hidup. Semoga lu dapat tenangkan gua kalau satu masa kita berjumpa. Buat pemilik hati, maafkan anakmu ini kerana rasakan telah memilih simpang yang salah kerana mahu jaga hati kalian, satu saja yang ingin diberitahu, sekali dalam hidup ini benarkan diri ini memilih apa yang dimahu, jangan pernah kata yang tiada pilihan kasih berlaku tetapi sebenarnya berlaku. Mungkin selama ini diri ini cuma diam pendam simpan segalanya, mohon jangan sampaikan diri ini tak mampu lagi simpan semuanya. Pesan buat diri jangan pernah fikirkan untuk lakukan perkara paling bodoh dalam dunia. Selamat malam jiwa, hati dan diri.



Older Post | Newer Post
 kanak-kanak riang


Bie Syuhada


Assalamualaikum. Tak marah kalau mau salin katanya tapi lebih manis kalau minta kebenaran tuannya :)


GPS

Diary About


Mari-mari

Instagram

The Credits!

Template by : Farisyaa Awayy
Basecode by : Nurynn
Full Edited : Bie Syuhada

Best View at GOOGLE CHROME!