♥ hunnybunnybaby ♥
Pilihan

Monday, June 16, 2014 @ 7:10 PM | 0 Comment [s]

Kekadang gua teringin sangat nak tahu apa yang gua ni memang tiada hak untuk memilih apa yang gua suka atau gua yang tidak tahu untuk berkata "tak mau". Gua pening dengan diri gua sendiri, gua ni manusia yang paling tak reti buat pilihan. Gua rasa dari kecik sampai besar memang apa yang gua buat selama ni pun memang atas dasar pilihan keluarga. Mungkin gua ni jenis tak reti nak melawan bila depa pilih satu benda untuk gua. Tapi gua dalam diam memberontak. Itu yang sampai kena buang universiti dulu, nasib gua dapat peluang kedua itu pun pilihan depa. Gua cuma ikut ja. Sama macam kerja, gua ikut ja. Gua tau betapa tebal muka depa nak mintak tolong orang bagi gua yang bebal lagi menyusahkan bersama pemalas yang amat ni kerja tapi tu lah bila gua dah sayang satu benda, gua dah suka satu kerja memang gua sayang nak tinggal dan jawabnya kerja lain gua akan buat tak ikhlas dan tak ambik kisah. Gua tau kerja tu shift, kerja lewat malam tapi gua puas walaupun gua stress, gua membebel sebab penat tapi gua seronok buat kerja macam tu. Kerja yang gua bergerak sana sini, tak payah fikir pasal siapa pun, kena maki sekejap lepas tu terus gelak macam orang gila. Dari zaman universiti lagi gua jenis suka benda macam tu, bukan takat universiti memang dari sekolah gua paling allergic duk saja atas bangku ngadap buku, dengar orang bebel, memang bukan jiwa aku. Sebab tu gua tak suka kerja ofis sebab gua tak suka duk dediam pastu ngadap pulak komputer tak berhenti dengan kira-kira pulak memang gua buat kerja tak ikhlas dan asyik silap jela. Gua tak tau sampai bila gua boleh tahan dekat sini, dalam hati gua tak nak tapi gua buat sebab gua tak nak depa kecewa. Mesti ada orang cakap kenapa gua tak terus terang ja dengan depa, gua dah cakap tapi depa akan keluar lah ayat ayat yang terus buat gua yang jiwa kental ni jadi hati tisu. Gua tak tau apa lagi gua nak buat supaya sekurang-kurangnya gua dapat buat kerja yang gua suka.



Older Post | Newer Post
 kanak-kanak riang


Bie Syuhada


Assalamualaikum. Tak marah kalau mau salin katanya tapi lebih manis kalau minta kebenaran tuannya :)


GPS

Diary About


Mari-mari

Instagram

The Credits!

Template by : Farisyaa Awayy
Basecode by : Nurynn
Full Edited : Bie Syuhada

Best View at GOOGLE CHROME!