♥ hunnybunnybaby ♥
#28

Sunday, February 1, 2015 @ 4:05 PM | 0 Comment [s]

Gua jenis awek yang tak pendirian. Alaa, macam kekadang rasa nak berlagak jantan, kadang rasa nak berlagak perempuan macam tu. Tapi kebanyakkan masa kepala ni nak berlagak jantan lah. Bila lalu sebelah awek cun, perhh gua memang rasa insecure gila. Nak, nak masa berdua dulu. Mula lah gua nak banding diri gua dengan awek-awek lain. Dan si dia kononnya nak menjaga hati mungkin atau benar ikhlas mula lah kata “awak dah cukup sempurna, saya sayang awak sebab diri awak, sikap awak". Bila kena ayat manis, gua yang ajet ajet jantan pun cair disebabkan gula manis bertaburan dari bibir yang ditanami tebu. Tapi gua tetap kena tinggal sebab awek cun tu jugak. Lumrah babe, lumrah. Memula gua jadi Hulk jugak, yela kemain dulu ayat manis sampai kena potong kaki, sekali lu tinggal sebab rupa jugak. Tapi bila fikir balik, manusia semuanya macam tu. Perempuan ka lelaki ka dah memang sifat depa nak tengok hat lawa, kemas, terjaga, muka tak berkawah, lemak tiada. Jadi kalau ada yang kata “saya tak pandang rupa luaran" tu gua agak ragu-ragu. Sedangkan gua pun demand nak mamat hensem sedangkan diri ni bukannya cun melecun meleceiaq. Contoh, ada 2 orang awek/pakwe lalu, sorang kategori muka kawah bulan, kulit buntut kuali dan sorang lagi badan ketul, putih berseri kalah jiran rumah gua dan ampa rasa ampa tengok hat mana lebih? Confirm hat lawa kan? Lumrah wey lumrah sifat manusia. Jadi jangan sibuk kata tak pandang rupa tapi bila lalu yang lagi gempak toleh sampai sepuluh kali. Sebab takda manusia yang lari dari sifat mahukan yang sempurna, mahukan yang indah saja walaupun diri tak tara mana. Jadi kalau yang dah dapat manusia yang memang betul terima lu, luar dalam even lu selekeh tahap gaban, keluar pakai selipar jamban, sila hargai sebelum gua sailang. Haha. Kbaii, tak lawak.



Older Post | Newer Post
 kanak-kanak riang


Bie Syuhada


Assalamualaikum. Tak marah kalau mau salin katanya tapi lebih manis kalau minta kebenaran tuannya :)


GPS

Diary About


Mari-mari

Instagram

The Credits!

Template by : Farisyaa Awayy
Basecode by : Nurynn
Full Edited : Bie Syuhada

Best View at GOOGLE CHROME!