♥ hunnybunnybaby ♥
#33

Thursday, April 16, 2015 @ 7:40 PM | 0 Comment [s]

Pernah rasa nak maki semua orang tanpa sebab? Nak salahkan semua orang padahal benda tu salah kau sendiri. Masa tu kau rasa hidup kau macam dah gelap gila, dah tak nampak masa depan atau jalan yang selama ni kau lalu. Gua pernah rasa macam tu. Serius cakap masa tu rasa macam separuh diri tu pergi terbang jauhhhhh. Masa tu rasa macam biar Tuhan tarik nyawa pun takpa, rasa nak terjun bangunan, rasa tak mau dah teruskan apa pun. Tapi pernah tak terfikir apa yang kau buat, apa yang jadi sebenarnya masih lagi ada manusia yang sokong dalam diam, masih ada dekat sebelah bagi nasihat, masih ada dekat belakang tahan diri dari jatuh. Tapi biasa lah, kita mana pernah nampak apa yang ada dekat sebelah, dekat sisi sebab kita sibuk kejar yang dah jauh ke hadapan, benda yang dah lalu yang dah boleh campak masuk dalam tong sampah pun. Gua masa tu betul-betul hilang arah, hilang pedoman tapi takda sapa tau apa jadi dekat gua sebab gua masih teruskan hidup macam biasa, senyum macam biasa tapi duk dalam bilik seseorang jadi gila. Serius, gua pernah rasa masa tu gua ada penyakit mental. Masa tu gua macam jasad yang tiada roh. Tapi dalam diam ada yang dekat sebelah bagi semangat walaupun pada dasarnya mereka tak tahu apa jadi pada gua sebab gua tak suka cerita dekat sapa. Depa tetap teruskan bagi ayat semangat, doa untuk gua. Sampai satu masa air mata yang selama ni gua simpan jatuh terus. Masa tu gua nangis macam tak pernah nangis langsung selama ni. Lepas tu, gua terus rasa lega, rasa macam hilang semua beban yang ada. Masa tu juga gua merangkak cari telekung, sejadah. Masa tu jugak gua menangis macam orang gila. Masa tu juga baru gua sedar hidup gua ni sentiasa ada Dia dan depa. Yang mana sebenarnya kalau hilang pun seorang dari hidup gua, takda kesan pun melainkan hilang depa dan Dia. Dan masa tu gua rasa kenapa jadi bodoh nak kejar manusia yang tak pernah hargai hidup kita, tak pernah nampak kita, tak pernah faham pengorbanan kita. Dan gua juga rasa bodoh sangat kenapa terus-terusan kejar bayang-bayang yang memang takkan pernah ada. 

Ingat satu ja dalam kepala otak tu, kau hilang jantan ka kawan ka sebenarnya kau boleh cari balik nanti tapi kalau kau hilang depa yang ada masa susah senang kau, dan kau langsung tak hargai, kau boleh pi gali diri sendiri tanam diri tu. Selagi hayat mereka ada, jaga bebaik depa, hargai apa yang depa buat dekat kita dari sehalus tapak kaki sampai dah besar galah macam panjang. Jantan, betina, kawan bebila boleh cari. Depa, Mak Ayah takda sapa boleh ganti. Takda sapa. 


Older Post | Newer Post
 kanak-kanak riang


Bie Syuhada


Assalamualaikum. Tak marah kalau mau salin katanya tapi lebih manis kalau minta kebenaran tuannya :)


GPS

Diary About


Mari-mari

Instagram

The Credits!

Template by : Farisyaa Awayy
Basecode by : Nurynn
Full Edited : Bie Syuhada

Best View at GOOGLE CHROME!