♥ hunnybunnybaby ♥
Friendzone

Monday, April 6, 2015 @ 7:58 PM | 0 Comment [s]

Cinta sebenarnya sakit, sakit yang sampai betul-betul buat hati terluka parah. Tapi cinta juga kenalkan erti bahagia, erti suka. Cinta juga buat kita kenal siapa diri kita sebenar. Tapi kalau cinta yang sampai suatu persahabatan tu putus, sampai dua manusia yang rapat amat, terus jadi stranger? Tu kira cinta yang ikhlas atau cuma terlampau menunduk pada cinta?

Friendzone? Manusia semua cakap pasal friendzone, yela bila kita berkawan dengan seseorang berlainan jantina ni kadang datang satu rasa yang kalau boleh kita tak nak pun. Contoh Kuch Kuch Hota Hai yang mana sebelum ni si Kajol ok ja, tak pernah tahu yang dia punya rasa pada si Rahul, dan datang Tina yang ubah semuanya. Sakit sebenarnya bila kita sayang seseorang, sentiasa ambil berat tapi si dia? Pandang kita ni cuma hanya sebagai kawan rapat. Diri boleh senyum ja bila si dia ajak lepak dengan pasangan dia, atau cerita pasal masalah dia dengan pasangan. Tuhan saja tahu betapa kuatnya hati seseorang yang hanya simpan semua rasa tu sendiri. Tapi ada yang cakap kenapa bangang sangat tak luahkan ja? Luahkan apa yang kita rasa bukan senang macam kau ucap ABC. Tapi orang juga cakap jangan jadi pengecut yang simpan semua rasa tapi kalau bila kita luahkan dan kita terus di reject? Ok, kena reject tu takpa sebab kita akan move on dan teruskan macam biasa hubungan kawan dengan dia. Tapi kalau kena reject dan dalam masa yang sama dia terus buang kita sebagai kawan disebabkan rasa awkward dengan kita punya luahan tu acano?

Masing-masing ada pendapat sendiri. Dan pada aku terpulang pada diri, kau rasa diri kau kuat kena reject atau kena reject dan dibuang terus kawan, pilihan ada pada kau. Aku pernah ada dalam situasi tu dan aku pilih untuk luahkan, direject dan dibuang. Haha. Lawak tu memang tapi pada mula tu sakit juga kita nak hadap semua tapi fikir balik bukan dia ja kawan kita yang ada dan bukan dia ja manusia yang wajib kita jatuh cinta. Rabak awal-awal tu biasa, meroyan tu normal lepas tu aku terima hakikat. Teruskan hidup macam biasa sebab ada dia atau takda kehidupan yang aku perlu hadap tetap kena hadap kan? Jadi kau sendiri pilih, luah atau terus pendam semuanya.


Older Post | Newer Post
 kanak-kanak riang


Bie Syuhada


Assalamualaikum. Tak marah kalau mau salin katanya tapi lebih manis kalau minta kebenaran tuannya :)


GPS

Diary About


Mari-mari

Instagram

The Credits!

Template by : Farisyaa Awayy
Basecode by : Nurynn
Full Edited : Bie Syuhada

Best View at GOOGLE CHROME!