♥ hunnybunnybaby ♥
Perempuan.

Saturday, May 2, 2015 @ 12:34 PM | 0 Comment [s]

Assalamualaikum. Hari ni hari tak produktif langsung. Biasa lah cuti kan, dah tak boleh balik rumah sebab jauh kita tidur, makan, ngadap laptop tapi kerja haram apa pun tak sentuh lagi padahal semua nak kena hantar minggu depan T^T

  Niat dekat hati ni nak cakap pasal something tapi biasa lah aku memang tak reti betul nak buat intro kata segala ni, lemah beno. Tengok bebudak sekarang terutama perempuan lah sebab aku mungkin tak rasa apa seorang lelaki tu rasa sebab aku ni terang-terang seorang perempuan kan. Senang betei menyerahkan hati kepada seseorang yang baru kenal tak sampai seminggu, sehari, sejam, seminit. Jenis yang orang cakap jatuh cinta pada kita, terus terhegeh menyerah segala hati jiwa raga segala bagai. Lepas tu bila kantoi laki tu tipu apa bagai mula lah maki segala, menyumpah laki ni semua sama apa bagai lepas tu esok laki lain confess kau terus cair bak aiskrim kena jemur tengah panas. Aku pernah jadi manusia macam ni satu masa dulu, masa tu konon sebab kat sekolah semua pakat ada pakwe segala, lepas tu kita pun konon nak cuba jugak, main rembat ja sapa hat cakap syok dekat kita. Lepas tu jadi bodoh, orang tu mintak duit, kita bagi, orang tu mintak tolong kata tak makan segala, kita tolong sampai tahap kita sanggup ikat perut kita. Bila fikir balik aku rasa macam biulnya seorang syuhada masa tu. Kenapa bangang tahap mintak sepak sampai macam tu sekali.

  Pasal duit, hati aku boleh consider lagi sebab paling kuat duit habis, kau kebulur, hati hancur kejap tapi yang sampai tahap baru kenal 5 minit terus berzaujah segala padahal sebelum ni kemain statement islamik gila. Kononnya dia lah zauj kita, kita ni zaujah dia. Kalau betul lah dia tu memang jodoh kau, kenapa dia tak terus masuk minang kau ja? Alasan pun diberi kononnya belajar lagi lah segala bagai. Dah tu, takyah buat orang lain muntah dengan sikap korang yang ajet islamik tapi mempergunakan agama semata. Yang couple islamik tu satu hal, satu hal lagi hat jenis baru kenal hari ni esok dah bagi body tu lagi bingai. Adik, senang ja akak cakap kalau betul laki tu sayangkan adik, sikit pun dia takkan sentuh adik. Ingat depa orang lelaki ni nak ke perempuan hat habis dah madu dia, depa pun nak isteri yang berlitup segala. Bukannya nak perempuan hat stok geli-geli ni.

  Kadang risau jugak sebab aku ada adik perempuan takut apa budak sekarang buat adik aku pun kena tempias. Sebab tu apa aku cakap dekat orang aku tengok pada diri sama sebab apa kita cakap kat orang takut kena balik dekat diri kita. Tolonglah kaum yang sama jenis dengan aku, kita perempuan kena kuat, jangan mudah sangat sayang orang, jangan mudah sangat bagi hati tu sepenuhnya pada orang, jangan bodoh sangat senang bagi body tu dekat depa. Walaupun dah kahwin, kita berhak ikut cakap suami tapi ingat sentiasa ada simpanan untuk masa depan kita, sentiasa ada back up kalau terjadi apa-apa yang seboleh-bolehnya kita tak nak benda tu jadi. Tapi sekurangnya bila kita terkena kita ada simpanan untuk jamin masa depan dengan anak-anak.

  Biar lelaki kata kita lemah, kata kita cengeng, cepat sentap apa segala. Tapi kita tahu kita sebenarnya kuat dari segi hati, dalaman. Kita seorang perempuan sebagai anak, isteri, ibu, pasangan sehidup semati dia, kita tahu betapa kuatnya hati kita menahan segalanya. Biar kita mahal dari kita dikata perempuan yang murah dalam pelbagai segi.


Older Post | Newer Post
 kanak-kanak riang


Bie Syuhada


Assalamualaikum. Tak marah kalau mau salin katanya tapi lebih manis kalau minta kebenaran tuannya :)


GPS

Diary About


Mari-mari

Instagram

The Credits!

Template by : Farisyaa Awayy
Basecode by : Nurynn
Full Edited : Bie Syuhada

Best View at GOOGLE CHROME!