♥ hunnybunnybaby ♥
Atas pijak bawah.

Saturday, June 13, 2015 @ 4:54 AM | 0 Comment [s]

Memang menteri sekarang semua fikir perut buncit, kepala botak sendiri? Manusia yang sepatutnya pelajaran tinggi tapi disebabkan buta, nak jaga kroni, nak jaga perut sendiri sanggup keluarkan ayat yang bebudak sekolah pun kadang lagi bijak keluarkan ayat. Jangan makan ayam, kalau harga ayam naik. Tak suka duk Malaysia, keluar dari Malaysia. Jangan guna highway kalau harga tol mahal. Jangan itu, tak suka ini, bersyukur ja dengan apa yang diberi. Bersyukur? Ya, memang bersyukur dengan apa yang diberi tapi pernah fikir apa marhaen  rasa? Pernah fikir nak cuba keluar dari rumah emas tu, duduk lah sekejap 5-10 minit dekat satu rumah yang hampir roboh, tunggu masa ja. Kenapa tak pegang pada amanah yang diberi, tanggungjawab yang diserahkan? Atau diri tu tak takut langsung dengan Dia? Hutang merata, tapi yang di atas masih seronok kenyang dengan perut bunci ke depan dan yang kat bawah masih terus berusaha cari mana yang mampu untuk suap isi perut. Kejam betul kalian, kejam sangat. Di dunia tak kena, di akhirat tiada satu pun makhluk yang dapat lari dari hukumanNya. Semoga kalian pak-pak menteri sedar, semoga kalian buka mata bukan terus bodoh pejam mata, pekak telinga dan jadi pak lawak semata. Dan jangan terus buncit perut tu dengan duit haram.



Older Post | Newer Post
 kanak-kanak riang


Bie Syuhada


Assalamualaikum. Tak marah kalau mau salin katanya tapi lebih manis kalau minta kebenaran tuannya :)


GPS

Diary About


Mari-mari

Instagram

The Credits!

Template by : Farisyaa Awayy
Basecode by : Nurynn
Full Edited : Bie Syuhada

Best View at GOOGLE CHROME!